18 September – memperingati peristiwa penyembelihan di Sabra dan Shatila

Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.

Selasa, 14 September 2010

Isnin, 13 September 2010

BINGKISAN : Artikel untuk muslimah

Asalamualaikum wbt..
Selamat bertemu kembali di alam maya..
Ana ingin berkongsi artikel yang menarik kali ini.

Ahad, 12 September 2010

SABAR

MAKSUD “sabar” dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Isnin, 6 September 2010

BINGKISAN :MUHASABAH RAMADHAN

Alhamdulillah dapat juga saya menjenguk dan memasukan entri baru dalam blog ini. Saya hanya memohon kekuatan dari Allah berkat doa saudara-saudara untuk mampu melaksanakan ibadah puasa ini semakin baik dari hari ke hari.

Ahad, 5 September 2010

Detik Hitam 21 Ogos, 1969

Kenapa dengan 21hb Ogos? Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar

Sabtu, 4 September 2010

IKLAN RAYA..DIMANA SALAHNYA!!


Asalamualaikum wbt..
Hati tergamam seketika...

Khamis, 2 September 2010

MUTIARA RENUNGAN UMMAH

Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu,
Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang baca,
Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah,
Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah,
Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu,
Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta,
Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas,
Umat Islam mesti merenung bukan termenung,
Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti,
Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli,
Umat islam mesti disengani bukan ditakuti,
Umat Islam mesti bersatu hati bukan hasad dengki,
Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik,
Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan,
Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat,
Umat Islam hanya berpandukan Al-Quran, Hadis, Qias, Itjima dan ijtihad, kelak kita selamat dunia dan akhirat.