Isnin, 12 Julai 2010

Amanah Dari Yang Esa

Bismillah..

Semester dua ini ana dapat beberapa amanah..

Menjadi AJK DAKWAH dalam kelab wataniah..insyaAllah.

Dan ketua subjek PUIM..

***********************************************************************************

12.Julai.2010

PUIM..kami dah berkenalan dengan subjek PUIM.
Pensyarah kami ustazah Hasiah Mat Salleh..

Ustazah turut menceritakan pengalamannya sebagai seorang peguam syari'e.

Ustazah turut menjelaskan tentang kelayakan seorang wanita dalam memegang jawatan hakim dalam mahkamah. Menurut hukum di bolehkan, diantara sebabnya ialah mencontohi isteri Rasulullah s.a.w Aisyah r.a. Beliau menjadi perawi hadis. Kelayakan ini bedasarkan kecedrasan akal,tahap ilmu dan kematangan dalam membuat keputusan.

Ustazah juga menerangkan sedikit perbezaan di antara peguam sivil dengan peguam syari'e.

Kelas di hangati soalan kelayakan menjadi peguam dan hakim..ustazah sebagai seorang peguam, mampu menjawab soalan yang di ajukan. Kadangkala ustazah menjawab bagai dialek peguam di kort.

Undang-undang Islam akan sentiasa bertukar, kerana di Malaysia masih dalam proses memperkasakan undang-undang Islam. Berbeza dengan Undang-undang Sivil iaitu telah ditetapkan dan mengikuti pro British.

Lesen peguam syari'e hanya boleh di ambil setelah memiliki ijazah @ master, setelah mengambil ijazah perlu mengambil diploma guaman (khas untuk mendapatkan lesen guaman) tempoh diploma ini hanya setahun dan kelasnya hanya di adakan pada hari sabtu dan Ahad sahaja. Di Malaysia kita hanya boleh mendapatkan diploma tersebut di dua Universiti sahaja iaitu UIA dan UKM.

Kelas diakhiri dengan pembahagian kumpulan untuk menyiapkan asignment..

Ana berdua dengan sahabat ana Atika..tajuk kami "Kedudukan Agama Islam Dalam Perlembagaan. Perkara 121 Fasal (1A) sebagai pencetus perkembangan undang-undang Islam terkini"

Nampaknya subjek kam semakin mencabar..ana suka benda yang mencabar.
Moga ana mampu menguasai subjek ini.

*****************************************************************************
Malam ana ada perjumpaan AJK Wataniah..

Malam layan lagu bersama dengan room meet..

"Ya Allah, hambamu ini memerlukan bimbingan darimu. Didiklah diri ini. Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Ya, Rasulullah..kami memerlukan qudwah darimu.
*************************************************************************