
Buat kesekian kalinya Yahudi menyerang dan membunuh Umat Islam Palestin tanpa bantuan dari mana-mana negara lain terutama negara Umat Islam. Hanya suara desakan damai sahaja yang berkemundang sejak dulu hingga sekarang tanpa ada sebarang bentuk tindakan sedangkan rakyat Palestin terus mati dibunuh saban hari.
Gaza semakin hari semakin berdarah. Ummat pula semakin hari semakin parah. Terdapat segelintir masyarakat bertanya kenapa tiada yang fokus kepada saudara-saudara seislam di Chechya, sempadan Thailand dan sebagainya.(persoalan itu terus menghantui ana..ana tanya soalan itu kepada sahabat..). Setelah lama berikir, membiarkan masa terus berlalu. Akhirnya bertemu jawapan, menjawab segala persoalan. Justeru itu, ana membicarakan perkara ini agar dapat berkongsi dengan pembaca.
Sebelum itu, ana suka memberi persoalan kepada para pembaca. Tahukah kepentingan Gaza kepada umat Islam? Kenapa masjid Aqsa di antara sebab kebangkitan umat Islam? ana tidak akan menjawab persoalan ini. Mari bersama mencari jawapannya.
Kita kembali membicara persoalan..kenapa tiada yang fokus kepada saudara-saudara seislam di Chechya, sempadan Thailand atau Afghanistan dan sebagainya. Apakah jika Tanah Suci Ummat Islam dirogol dan dicabul, dan ummat Islam tidak mampu bertindak dan bergerak menyelamatkan Tanah Suci itu, maka mereka akan memikirkan tempat-tempat lain? cuba fikirkan.
Di sini kita boleh mengukur urgensi dalam menyemarakkan kesedaran terhadap bantuan kepada Gaza dan pembebasan Palestin. Ianya ibarat ‘jumper’ untuk menghidupkan tenaga kesatuan ummah, lantas membela pula tanah-tanah berdarah yang lain.
Persoalannya, apakah kita memerhatikan dan menghulurkan bantuan?
Sekelompok manusia di Malaysia dan Irbid Jordan nampaknya telah menyahut seruan pembebasan ini.
Membebaskan Palestina dari penjajahan yahudi, dan membebaskan jiwa dari hawa duniawi.
Nampakkah saudaraku..dengan fokus kepada Palestin. Kita dapat menyatukan kesatuan umat Islam di seluruh negara. Kenapa fokus kepada Palestin amat saya tekankan, kerana dari sana umat Islam dapat tahu siapa musuh utama umat Islam. Musuh ini, 'Yahudi' dialah dalang setiap kekejaman yang terjadi kepada umat Islam. Yahudi bukan sahaja musuh kepada Palestin atau negara Islam yang telah mereka serang.Tetapi mereka adalah musuh umat Islam yang jelas lagi nyata..hal ini telah Allah swt terangkan di dalam ayat al-Quran.
Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu" (Al-Baqarah: 120)
Lifeline4Gaza di Malaysia telah mengadakan Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati, Shah Alam.
Dengan tema BERSATU UNTUK PALESTIN, program Perhimpunan Perdana Palestin ini bermula seawal 5.00 petang pada 08 Mei 2010, yang lalu.
Kehadiran masuk adalah PERCUMA!
Apa yang mampu dilakukan oleh kita sekarang?
Berdoa, menderma dan memulau merupakan tindakan yang mampu dilakukan oleh kita sekarang ini di Malaysia. Jesteru itu, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan membaca ‘Qunut Nazilah‘ ke atas mereka yang menindas dan membunuh sesuka hati saudara kita di Palestin.
Mari kita tunjukkan pada Yahudi, Israel dan konco-konconya. Bahawa pembantu-pembantu agama Allah itu masih ada!

Di sini kita sedar betapa pentingnya perpaduan dan ia merupakan ubat mujarab untuk mengalahkan musuh, tanpanya kita menjadi umat yang tidak dapat bangun malah dipandang sepi oleh saudara sendiri. Di samping itu marilah sama-sama kita menghulurkan sumbangan derma kepada rakyat Palestin menerusi kutipan derma yang diyakini derma tersebut sampai ke tangan rakyat Palestin dan Lubnan.
Sentiasa terbuka peluang untuk hamba-hamba Allah yang cintakan kebenaran, bersama dan memberikan bantuan.
Jika jaringan keimanan itu tiada batas sempadan, maka begitu jugalah dalam melakukan amal kebaikan. Teknologi yang ada kita guna dengan semaksima mungkin untuk kebenaran.
Berikanlah sumbangan anda dengan memasukkan wang ke akaun Lifline4Gaza.
Nama Akaun: TABUNG PALESTIN HALUAN
Nombor Akaun: 5644 9020 8528
Bank: MAYBANK BERHAD
Mari, jangan banyak alasan. Jangan kata kita tidak mampu. Hakikatnya apakah kita tidak hendak atau mahu.
Pilihlah mahu membantu!
Rakyat Palestin sekarang ini sedang kelaparan dan kehausan, mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan minuman malahan bahan makanan dan minuman juga teramat sedikit. Poket mereka kosong untuk menghidupkan api di dapur atau membeli ubat untuk menahan sakit dan kecederaan. Saluran air dan bantuan ubat-ubatan disekat, hospital dan jambatan dibom oleh Yahudi!
Bantulah mereka kerana kita merupakan rakyat bagi negara yang diberikan nikmat oleh Allah s.w.t dan ingatlah Allah s.w.t boleh menarik nikmat beliau itu bila-bila masa sahaja.
“Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah, dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.“

Sekarang, siapa mahu menjadi mulia?
Kalau saya, saya katakan saya. Saya mahu jadi mulia. Sebab itu saya menulis perkara ini, dan mengajak kalian bersama. Sama-sama kita menghulurkan bantuan, bergerak menjadi ajen perubahan dan menjalankan pembebasan semampu kita.
Kita mahu jadi hamba merdeka. Dan kita mahu saudara kita merdeka.
Jika kita berjaya di Gaza, maka tidak mustahil kita akan berjaya di Chechya, sempadan Thailand, dan banyak lagi tempat lain yang berdarah.(dimana sahaja tempat umat Islam ditindas)
Tetapi kalau Tanah Suci pun ditinggalkan, apa lagi tanah-tanah lain?
Tepuk hati tanya iman.
~hidup untuk mencari redha Ilahi~
by hand
::NURSYAIRAH::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan