Islamic Widget


Selasa, 27 Julai 2010

NEWS : 30 doktor dari Malaysia akan memasuki Gaza Ramadhan nanti.


Rabu, 28/07/2010 – Konvoi 30 doktor dan doktor pakar daripada 55 sukarelawan Malaysia akan memasuki Semenanjung Gaza semasa bulan Ramadhan. Agensi berita melaporkan

Khamis, 22 Julai 2010

::HAYATI::


HAYATI KATA BELIAU...

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Jumaat, 16 Julai 2010

Undang-undang Israel Lucuti Hak Tinggal Warga Gaza di Zona Hijau

Jerusalem – Infopalestina: Dalam sidang yang digelar awal pecan depan, pemerintah Israel akan membahas RUU melarang penerbitan dokumen izin tinggal bagi warga Gaza di wilayah Palestina jajahan Israel tahun 1948.

Syekh Raed Shalah Di Penjara

Hakim Wanita dan Peguam Non Muslim

Asalamualaikum wbt..

Ana kongsikan pandangan..

KLIK SINI UNTUK BACA

PENINDASAN KEPADA WARGA PALESTIN

Berita dari laman ERAMUSLIM..
KLIK SINI

Tajuk Berita :

Warga Palestina Sesegera Mungkin Wajib Sumpah Setia Kepada Negara Yahudi

Malaysiacrime.com, Laman Paparan Jenayah

Asalamualaikum wbt..

Saya ingin bertanya..adakah saudara serta saudari tahu mengenai laman ini.

Jika tidak..izinkan saya berkongsi dengan saudara serta saudari. Ianya adalah laman yang memuatkan kes jenayah yang pernah berlaku di tempat kita.

Bolehlah klik link kat bawah..

Malaysiacrime.com, Laman Paparan Jenayah

EKONOMI MALAYSIA..Kenaikan harga barang

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Khamis, 15 Julai 2010

DOA BUAT BAKAL ZAUJ


YA RABBI
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan Kau pilih menjadi sebahagian daripada hidupku

SEMARAK JIHAD..Buat Al-Quds


KISAH KAPAL BANTUAN KE GAZA..

Walau mendapat ancaman dari pihak Israel..
Tetapi manusia yang prihatin dan umat Islam akan terus berusaha membantu saudara mereka yang ditindas dan sangat memerlukan bantuan.
Mereka bersedia melakukan apa sahaja untuk Gaza dan rakyat Palestin.

Mari ikuti perkembangan terkini mengenai Gaza dan gerakan aktivis-aktivis untuk saudara kita di Palestin.

KLIK SINI :



Israel mendesak kapal Libya berlabuh di Mesir

Isnin, 12 Julai 2010

Amanah Dari Yang Esa

Bismillah..

Semester dua ini ana dapat beberapa amanah..

Menjadi AJK DAKWAH dalam kelab wataniah..insyaAllah.

Dan ketua subjek PUIM..

***********************************************************************************

12.Julai.2010

PUIM..kami dah berkenalan dengan subjek PUIM.
Pensyarah kami ustazah Hasiah Mat Salleh..

Ustazah turut menceritakan pengalamannya sebagai seorang peguam syari'e.

Ustazah turut menjelaskan tentang kelayakan seorang wanita dalam memegang jawatan hakim dalam mahkamah. Menurut hukum di bolehkan, diantara sebabnya ialah mencontohi isteri Rasulullah s.a.w Aisyah r.a. Beliau menjadi perawi hadis. Kelayakan ini bedasarkan kecedrasan akal,tahap ilmu dan kematangan dalam membuat keputusan.

Ustazah juga menerangkan sedikit perbezaan di antara peguam sivil dengan peguam syari'e.

Kelas di hangati soalan kelayakan menjadi peguam dan hakim..ustazah sebagai seorang peguam, mampu menjawab soalan yang di ajukan. Kadangkala ustazah menjawab bagai dialek peguam di kort.

Undang-undang Islam akan sentiasa bertukar, kerana di Malaysia masih dalam proses memperkasakan undang-undang Islam. Berbeza dengan Undang-undang Sivil iaitu telah ditetapkan dan mengikuti pro British.

Lesen peguam syari'e hanya boleh di ambil setelah memiliki ijazah @ master, setelah mengambil ijazah perlu mengambil diploma guaman (khas untuk mendapatkan lesen guaman) tempoh diploma ini hanya setahun dan kelasnya hanya di adakan pada hari sabtu dan Ahad sahaja. Di Malaysia kita hanya boleh mendapatkan diploma tersebut di dua Universiti sahaja iaitu UIA dan UKM.

Kelas diakhiri dengan pembahagian kumpulan untuk menyiapkan asignment..

Ana berdua dengan sahabat ana Atika..tajuk kami "Kedudukan Agama Islam Dalam Perlembagaan. Perkara 121 Fasal (1A) sebagai pencetus perkembangan undang-undang Islam terkini"

Nampaknya subjek kam semakin mencabar..ana suka benda yang mencabar.
Moga ana mampu menguasai subjek ini.

*****************************************************************************
Malam ana ada perjumpaan AJK Wataniah..

Malam layan lagu bersama dengan room meet..

"Ya Allah, hambamu ini memerlukan bimbingan darimu. Didiklah diri ini. Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Ya, Rasulullah..kami memerlukan qudwah darimu.
*************************************************************************

Isnin, 5 Julai 2010

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com