
BISMILLAH..
Ana membawakan tulisan daripada salah satu blog yang ana baca..
ana terpikat membaca ungkapan yang dikhaskan untuk muslimah.
Marilah semua kaum hawa, kita sama-sama renungkan..
MUTIARA KATA BUAT MUSLIMAH..~
Sahabatku..
Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru. Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keislaman dalam dirimu, semoga nur Ilahi akan membening seluruh perjalanan hidupmu.
Duhai sahabat Muslimahku..
Keremajaanmu menyegarkan pandangan dan melimpahkan nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kaucepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat.
Peliharalah keindahan yang kaumiliki kerana ALLAH mengujimu dengan menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan memandangmu dengan pandangan yang luar biasa.
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu, jangan sampai bibirmu menuturkan bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara. Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kaumiliki setanding dengan ketulusan peribadimu.
Sahabat Muslimahku..
Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna. Jadikanlah ghadul basar

Tiada ulasan:
Catat Ulasan