Islamic Widget


Isnin, 7 Jun 2010

Apabila Bukan Islam Mahu Jadi Peguam Syariah…

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Isu bukan Islam mencabar isu sensitif umat Islam bukan lagi perkara baru di negara kita, mahu pun di mata dunia..

Di Malaysia yang mejoritinya umat Islam(masihkah??)..beberapa kes yang berlaku dan memang agak sensasi. Diantaranya isu kalimah Allah dan isu murtad..

MasyaAllah..

Baru-baru ini pula, terdengar timbul satu isu dalam dunia perundangan Malaysia.

Isu nya adalah kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk membenarkan seorang bukan Islam untuk merayu agar permohonannya untuk diterima sebagai peguam Syariah, dibicarakan [1]. Kes ini sudah tentu sangat menarik kerana ini kali pertama berlaku. Dan ia akan menjadi “landmark case”apabila dibicarakan kelak kerana ia akan menentukan “once and for all”[2] samada bukan Islam boleh menjadi peguam Syariah atau tidak.

Kita jangan buat-buat terkejut. Bagi orang bukan Islam, Perundangan Syariah hanyalah satu sahaja lagi sistem perundangan selain Perundangan Sivil. Bagi mereka tak ada beza pun keduanya. Semua adalah “man made law”. Kerana itu, mereka tak rasa yang prinsip “bukan Islam tak boleh jadi wakil orang Islam”itu relevan. Inilah yang dinamakan sekularisme.

Mereka tidak rasa yang Perundangan Syariah itu suci (Divine Law). Jadi, mereka rasa sebagai seorang rakyat Malaysia, maka sudah tentu mereka juga layak untuk menjadi pengamal undang-undang Syariah.

Antara alasan yang mereka kemukakan adalah telah berlaku ketidak adilan dalam perbicaraan yang melibatkan bukan Islam dalam Mahkamah Syariah. Oleh itu, mereka merasakan bahawa perlu bagi seorang bukan Islam diterima sebagai peguam di Mahkamah Syariah. Ini perkara yang perlu kita muhasabah.

Apakah kita sudah gagal dalam memanifestasikan keadilan Islam kepada bukan Islam sehingga hujah sebegini timbul? Antara prinsip perundangan sejagat adalah “Justice should not only be done, but should manifestly and undoubtedly be seen to be done”. Ini bermakna keadilan itu mesti ditunjukkan bagaimana. Bukan sekadar dilaksanakan.

Mungkin bukan Islam tidak faham perundangan Islam, maka itu mereka rasa tidak adil. Jadi menjadi tanggung jawab bagi setiap peguam yang berugama Islam di Malaysia ini untuk memberi faham kepada bukan Islam tentang prinsip Perundangan Islam.

Kita mesti berusaha untuk memberi mereka kefahaman yang menyeluruh tentang apa itu sistem perundangan Islam yang sebenar, kerana dengan itu, mereka akan yakin dengan sistem ini. Kerana jika dilihat, kes ini bertolak pada ketidak yakinan mereka kepada sistem ini. Kerana itu mereka mahu wakil mereka sendiri ada di sana.

Wallahua’lam.

[1] Jangan silap baca. Ini hanyalah “grant of leave”, bukan keputusan perbicaraan. Ini adalah satu prosedur dalam sistem perundangan di mana jika anda ingin merayu kes anda, anda perlu terlebih dahulu mendapatkan “leave” dari mahkamah tersebut. Kes anda akan hanya dibicarakan sekiranya anda berjaya mendapat “grant of leave” tersebut.

[2] Mahkamah Malaysia mengamalkan prinsip “binding precedent” di mana keputusan mahkamah yang di atas akan mengikat keputusan mahkamah di bawah. Jadi sekiranya kes ini diputuskan membenarkan bukan Islam menjadi peguam Syariah, maka lain-lain permohonan juga akan diterima.

------------------------------------------------------

Tambahan: Kemungkinan besar beliau akan gagal kerana dalam “Peguam Syarie Rules 1993″, sudah jelas syarat untuk mejadi peguam syarie mestilah orang itu orang Islam.

10. Qualification of a Peguam Syarie

A person may be admitted to be a Peguam Syarie if he-

(a) (i) is a Muslim….
(ii) is a Muslim….
(iii) is a Muslim….

Jadi walaupun pada Seksyen 59(1) menggunakan perkataan “any person”, ia tetap tertakluk pada Peguam Syarie Rules 1993 sebagaimana disebut oleh Seksyen 59(2) akta yang sama





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com