"Sesungguhnya Dunia ITU Negeri Perantauan Dan Bukanlah Negeri Ketetapan. Adam Diturunkan Dari Syurga Ke Dunia Kerana Seksaan. Maka Takutilah Dunia ITU! (Hasan Al-Basri)
Islamic Widget


Ahad, 25 Julai 2010
Kisahku.....
SEUNTAI MADAH
Ya Allah..
bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..
Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..
Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..
Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..
Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..
Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..
Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..
Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..
Tutupilah hatiku dari cinta dunia..
Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)
Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..
Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..

DOA RABITAH
"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.
Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..
Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...

Text-Ads
MELODI JIWA
Create a playlist at MixPod.com
Assalamualaikum ..
BalasPadambagus organisasi syirah...
dok fikir sapela 'HATI' tu..
=) rupa2nya simbolik ek..
insyaAllah.. moga berjaya menjadi muslimah mujahidah model ikutan ummah..
moga titik peluh mendidik diri dan hati mendapat pertolongan-Nya ..insyaAllah..
Walaikusalam wbt..
BalasPadamSyukran ka Muslihah..
Model ikutan..tak terfikir pula. Syirah masih muslimah akhir zaman yang ingin menjadi muslimah solehah untuk Allah swt(InsyaAllah)
Sebenarnya..artikel ini syirah adaptasi dari kursus yang baru syirah ikuti.
Harap para pembaca dapat memahami mesej yang syirah bagi..
Sedar tak sedar..sebenarnya seluruh hidup kita ada organisasi nya.
organisasi paling kecil ialah diri sendiri bagaimana nak mengurus diri.
Kami di dedahkan tentang peranan ketua.
Beza LEADER dan MANAGER..
Kejayaan sebuah organisasi terletak pada objektif dan peranan ketua..
ketua ialah nakhodah..destinasi adalah objektif.
Aa sahaja yang kita lakukan mestilah kembali semula kepada objektif kita. InsyaAllah
Harap ilmu ini bermanfaat pada kita semua.
Mari bersama berusaha membentuk diri menjadi acuan Al-Quran.
Mari jadi Ikhwan yang di rindui Rasulullah s.a.w
Mari jadi hamba yang berjaya..
Kerana kita UMAT ISLAM..kita ada ALLAH