Islamic Widget


Rabu, 21 Julai 2010

::Sedikit Perkongsian : PANDANGAN MEREKA::


Asalamualaikum wbt..

Post yang tidak di rancang..
Ana baru sembuh dari demam..

*****************************************************************
22JULAI2010

'Tanggungjawab Melebihi Masa Yang Ada'

Ana ada beberapa perjumpaan malam ini..
Ana balik ke bilik jam11.52 malam..

Mendaki ke aras 4..ana tiba dalam jam12.00

Ana berehat sebentar..
Terdetik di hati untuk membuka lap top.

Rindu..
Kesibukan menyebabkan ana jarang meluangkan masa bersama lap top.

Malam ini ana nak buka YM..
Sebab ana dah lama tidak mendengar khabar dari sahabat-sahabat ana..

Alhamdulillah..
Malam ini 2-3 sahabat ana online..

********************************************************
SEBAB MENULIS POSTING INI

Oleh kerana dah larut malam..ana hanya dapat borak sebentar sahaja dengan sahabat ana.

Yang tinggal hanya Rez..
Sahabat ana yang belajar di Acheh.

Topik perbualan kami sentiasa berkaitan dengan perjuangan..

Malam ini..kami membincangkan ISU PALESTIN

Kami membincangkan pandangan segelintir masyarakat..

ya Allah..
Saudara kami menggunakan pandangan sekuler mereka.

Tanpa mendengar bicara naluri mereka.

Kerana Ana percaya..
Fitrah manusia..dikurniakan sifat kemanusiaan.
Dan fitrah persaudaraan Islam.

Kerana topik itu ana tidak dapat melelapkan mata.

Sedih, kecewa..
Dan bersimpati..

Bak Kata Ayahanda Ustaz Nazri..
Mati Naluri..

MasyaAllah..

********************************************************
PANDANGAN MEREKA TENTANG ISU PALESTIN

'Bangsa Arab Tidak Satu Hati'

'Bangsa Arab Memang Biasa Dengan Peperangan'

'Kenapa Nak Fikir Palestin, Malaysia Pun Tak Aman'

'Fikir Palestin, Bukan Kita Dapat Membantu Pun'

'ISU PALESTIN Suatu Yang Tidak Patut Difikirkan'

'Isu Palestin Isu Rampasan Kuasa'

'Banyak Lagi Orang Yang Susah Di Malaysia'

'Kenapa Nak Masuk Campur Dengan Urusan Negara Luar'

PANDANGAN MEREKA TENTANG PERHIMPUNAN UNTUK PALESTIN

'Apa Faedah Pergi Program Palestin Tu'

'Macam Orang Gila je, Melompat-lompat Menyanyi Lagu Bersama Shoutul Harakah'

'Perhimpunan Tu Dapat Ke Membantu Rakyat Palestin'

'Apa yang Menarik Sangat Dengan Isu Palestin Ni, Fokus Belajar Lagi Bagus'

'Perhimpunan Tu Merosakkan Pemikiran Masyarakat Kita Je'

'Tak baguslah Program Palestin Tu, Mereka Nak Sebarkan Kefahaman Jihad Je'

'Tidak Patutlah, Kita Menghabiskan Duit dan Masa Ke Program Itu'

'Bagus Kita Sedekah Dengan Orang Miskin Di Negara Kita Je'


Inilah pandangan Mereka..
Anda pula macam mana?

Ana hanya menulis sebahagian dari kata-kata mereka..

Ana duduk termenung..
Bangsaku kini, memilih pemikiran sekuler.

Bangsaku kini..menolak sensitiviti Islam.

Bangsaku Kini..hanya inginkan kerasionalan.Tanpa memahami maksud rasional itu sendiri.

KENAPA SEMUA INI TERJADI?

DIMANA ROH ISLAM BANGSAKU?

SIAPA YANG BERSALAH?

DIMANA SILAPNYA?

SEKULER, FAHAMAN SIAPA?
*****************************************************

AKHIR KALAM

Saudara serta saudariku..

ISU PALESTIN bukan HANYA MASALAH BANGSA PALESTIN DAN BANGSA ARAB SAHAJA.

Tetapi PERMASALAHAN BERSAMA UMAT ISLAM..WALAU DIMANA MEREKA BERADA

AL-QUDS.. Adalah Kiblat Pertama Umat ISLAM
Tempat Lahirnya Nabi-nabi pilihan.

KOTA KETIGA YANG DIBERKAHI ALLAH SWT..

DIJADIKAN ARAH JIHAD FISABILILLAH..

Saudara dan saudariku..

AL-QUDS Kini DICEROBIHI

MASJIDIL AQSA..DItawan pihak ZIONIS

LUPAKAH KAMU..

Syaidina Umar..pemimpin agung. Juga keluar dari Madinah menyelamat dan melindungi Palestin demi kota Al-Quds yang dicintai.

Kenapa beliau melakukannya..kerana Kota Al-Quds adalah kota umat Islam.

Siapa Rakyat Palestin? Mereka Saudara kita.

Ingat pada PESAN RASULULLAH

SESUNGGUHNYA UMAT ISLAM ITU BERSAUDARA..

Kalau bukan kita..
Siapa lagi yang dapat membantu mereka.

BANGUN SAUDARAKU,
SAUDARA KITA DI PALESTIN MEMERLUKAN KITA.

AL-QUDS..
Hari Kemenangan semakin hampir..

AL-QUDS..
Aku akan kepadaMU..
Menanti keizinan Allah swt..

Berjuang Bukan Kerana Nama..
Tetapi kerana kota AL-QUDS
Adalah kota umat ISLAM.

DAN SAYA ADALAH SEORANG ISLAM...

BAGAIMANA DENGAN KAMU?

~HIDUP MULIA, ATAU MATI SEBAGAI SYUHADAH~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com