MasyaAllah..
Bukan nak membesarkan perkara..
Tetapi kekeliruan ini, tidak sepatutnya berlaku.
Kerana..
Perayaan umat Islam ini tidak sama dengan perayaan agama yang lain.
Hal ini merujuk kembali kepada hadis.
Ketika Rasulullah s.a.w sampai ke Madinah, dan mendapati orang-orang jahiliyyah mempunyai dua perayaan yang di sambut denagn penuh pesta dan permainan, lalu baginda bersabda, "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua perayaan yang lebih baik daripada dua perayaan mereka, iaitu Hari Raya Eidul Adha dan Hari Raya Eidul Fitri". (Diriwayat oleh Abu Daud, Nasaie dan lain-lain).
Demikian Allah menggantikan perayaan Jahiliyyah yang di penuhi khurafat, dengan perayaan Islam yang dihiasi rasa perhambaan kepada Allah. Hari Raya adalah hari menyebut kebesaran Allah dengan bertakbir serta hari melahirkan rasa syukur atas kurniaanNya.
Firman Allah s.w.t:
"...Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur". (Al-Baqarah : 85)
Maka jelaslah..hari Raya ialah merupakan hari kita bersyukur setelah kita tamat menjalani ibadah pada bulan Ramadhan.
Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak - kanak menjadi syirik. Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam.
Saya amat berharap agar kita jangan terlalu ego sehinggah kita mengetepikan syariat. Sya amat berharap kepada pihak stesen TV3, walaupun ingin mewar-war kan atau mempromosi 1 Malaysia. Tetapi jangan keterlaluan sehingga mengetepikan sensitiviti umat Islam, ianya persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam.
Wahai saudara-saudaraku..
Sedari hakikat ini..
Kita memang sentiasa boleh berkerjasama dan berlapang dada.
Tapi kita jangan membiarkan ada sesiapa memperlekehkan hukum syara'.
Kerana penyiaran iklan yang bertentangan dengan hukum syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam. Ianya akan meninggalkan kesan buruk yang besar kepada masyarakat kita.
Ummat Islam diseru agar memboikot iklan sedemikian dan menegah anak - anak mereka menontonnya kerana iklan seperti itu jelas boleh memberi kesan negatif kepada aqidah khususnya kepada kanak - kanak Islam .
Saya juga berani menyatakan kepada...
Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [ JAKIM ] memantau iklan , filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam. Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak FINAS jika perkara - perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita.
Maaflah jika saya terlalu keras atau tegas dengan hal ini..
Tetapi saya lebih risau dengan masalah yang akan terjadi pada masa akan datang.
Pada saya hal ini berkaitan dengan akidah umat Islam.
Saya bersuara sebagai seorang rakyat, seorang muslim(orang Islam) dan sebagai peelajar yang mengaji dalam bidang Pengajian Islam.
Bagi saya hal yang berkaitan hukum syara' tidak boleh main-main. Kerana seperti semua maklum hukum syara' dan syariat Islam itu adalah hukum yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
Tetapi jika saya silap sahabat dan para pembaca bolehlah menegur saya..
Kerana pada saya blog ini ialah sebagai medan ilmiyah(medan berkongsi ilmu)..
Salam Ramadhan..
Mari sama-sama menginsafi diri dan bertaubat.
::hidup mulia atau mati syahid::(cita-cita tertinggi kami)
TAKBIR!! (3kali)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan