Islamic Widget


Khamis, 2 September 2010

MERDEKAKAH KITA?

30.Ogos.2010(luahan hati)

Asalamualikum wbt..
lama ana tak meng 'update' blog. Kebelakangan ini banyak kerja dan ujian yang perlu dilangsaikan.
Selain itu, ana tida kesempatan untuk membuka lap top kerana ana jarang berada di dalam bilik.
Selalunya ana berada dalam bilik pada jam12 tengah malam atau pun dah jam1 pagi. Dalam keletihan itu, mood menulis pun tiada.

Seperti pagi ini..ana tekad nak create new post juga. Tak kisahlah..
Sebenarnya ana tiada idea..tapi bolehlah.
Sempena bulan kemerdekaan ini..ana nak berceloteh sesuatu.

MERDEKA KAH KITA?

Pada malam 31.Ogos, pasti rakyat malaysia khususnya akan menanti detik 12 tengah malam.. Untuk melaung laungan kemerdekaan.

Seperti yang kita dan dunia sedia maklum..31.Ogos menyimpan memori indah bagi negara Malaysia. Kerana 31.Ogos.1957 merupakan detik, yang Malaysia menjadi negara yang bebas dari jajahan kuasa luar. Saat itu, rakyat Malaysia sendiri yang akan memimpin tanah air mereka sendiri.

Sambutan ini kekal di adakan hingga ke hari ini. Hal ini diteruskan agar rakyat Malaysia sentiasa mengingati detik pahit manis perjuangan orang yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini.

TETAPI...
Melihat situasi semalam dan hari ini..

Merdekakah Rakyat Malaysia?

MERDEKA?
Adakah REALITI ATAU RETORIK?

Jika di lihat realiti kehidupan hari ini.
Orang Melayu kehilangan identitinya..tidak kira dalam aspek apa. Samada aspek budaya,bahasa, tata tertib, tatasusila dan macam-macam lagi.

Kehidupan masyarakat masa kini, mengikuti gaya hidup barat.

Orang kata..dunia dah berubah.
Kita tidak boleh kekal berada di bapuk pemikiran lama.
Kita mesti maju kehadapan...

Saya berfikir lagi....

MAJUKAH kita mencontohi gaya hidup barat..
Jika itu di katakan maju..
Dimana definisi tamadun dan kemajuan?
Apa bezanya kehidupan masyarakat jahiliyah suatu ketika dahulu?

Malah saya melihat..
Kita masih lagi di jajah..
penjajahan dalam bentuk pemikiran dan gaya hidup..

Jadi laungan kemerdekaan itu hanya satu hiasan..

Malah sistem pemerintahan kita masih di bawah sistem penjajah..

Merdekakah kita..jika sistem pemerintahan kita masih mengikuti garis panduan penjajah kita..
Hal ini, seolah-olah kita berbangga yang kita pernah di jajah suatu ketika dahulu.

Seharusnya sebagai negara yang merdeka kita harus mengubah atau membina semula identiti kita.mencipta peradaban baru.
Dan berani saya katakan, janganlah kita terus berada di bapuk pemikiran yang kolot..iaitu tetap mengamalkan peradaban yang di tentukan oleh penjajah kita.

Jadikan makna kemerdekaan itu, dengan kemerdekaan sebenar..
Kita akan lebih maju dengan mencipta peradaban baru, dengan membina identiti baru serta berbeza dengan negara yang pernah menjajah kita.

Selagi gaya hidup kita dan identiti kita menyerupai negara barat..dalam erti kata lain, bagi saya kita masih di jajah.

Jika di fikir semula..
Jikalau para pejuang kemerdekaan masih hidup dan melihat anak bangsa hari ini. Pasti mereka juga kecewa.

Kerana saya percaya, bangunnya mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Ialah bagi mengembalikan identiti orang Melayu. Mereka hanya ingin melihat tanah air mereka bebas dari segala bentuk penjajahan. Tapi sayang anak bangsa yang mereka beri kemerdekaan hari ini, memilih untuk terus di jajah.

Moga bakal pemimpin Malaysia memandang serius hal ini..
bebaskan rakyat Malaysia dan diri kita sendiri dari terus di jajah.

P/S : Luahan isi hati ana..
sedihnya...

setiap saat saya bertanya dengan diri..dan bila bulan Ogos tiba.
saya melihat masyarakat keseluruhannya.gaya hidup masa kini. hati saya terdetik persoalan yang tidak ada jawapan dan penghujungnya.
MERDEKAH KITA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com