
Bismillah..
Asalamualaikum wbt.
Ana nak kita sama-sama muhasabah diri..buat sahabat-sahabat dan adik-adik yang disayangi.
Insya Allah…
Ana tak boleh wat2 bodoh lagi…tak bolehla nak kata diri jahil lagi…dan tak boleh nak beralasan itu dan ini…tak mampu dan sebagainya..mind setting tu…perlu dibetulkan..
Ana dah mengkaji tentang Islam yang ana anuti, tentang siapa ana, apa tujuan ana hidup, apa benda yang ana perlu wat kat dunia ni, kenapa ana ada kat tempat nama dunia ni, siapa ana, macam mana kewajipan ana kepada Pencipta ana, apa yang ana perlu wat untuk Rasulullah s.a.w yang dah banyak berkorban hingga ana dapat Islam pada hari ni dan lahir sebagai orang Islam, macam mana kewajipan ana pada mak dan ayah ana, apa yang ana perlu wat untuk bela Islam yang ana anuti, siapa kawan yang patut ana dampingi, sape kawan yang mesti ana jauhi, sape yang perlu ana bimbing, sape yang perlu ana hormati, sume la yang ana perlu wat kat dunia ni…macam2 ada
Makin belajar, makin pengalaman hidup melihat hidup orang lain dapat ana rasai, maka ana makin jelas bahawa perempuan ni memanglah sayap kiri pada lelaki, ia sesuai dengan penciptaan dirinya yang serba lemah. Namun walaupun dikatakan sebagai sayap kiri, tapi kalau takda sayap macam mana? Hmm…ya, itu sebabnya perempuan ada peranannya tersendiri. Ada pengkhususannya dan ada batasannya. Ok?
Kita pun dah sedia maklum, adik2 di dunia ni yang rosak perangainya adalah kerana kurangnya tarbiyah dan perhatian dari ibu bapa, jadi, takkan kita nak mengulang sejarah mereka…kita pun sedia tahu bahawa jika kita bekerja, anak2 di rumah akan terabai, anak2 terabai, membuatkan anak2 ni menentang ibu bapa, memberontak dan akhirnya terlibat dengan gejala tidak sihat dan jatuh ke lembah hina dan kancah maksiat..na’uzubillah, takkan kita nak anak kita jadi macam ni? Takkan kita nak buat tak tahu dengan sejarah orang lain dan tup..tup..mencetak kisah yang sama ke atas sejarah hidup kita dan anak2 kita. Copy and paste kisah hidup orang lain yang anaknya terlibat dengan jenayah dan maksiat?
Tak perlu begitu, ambil pengajaran dan kita jangan ulang!!
Dengan sebab itulah perempuan kena tahu apa yang dia boleh buat, apa yang tak boleh. Contohnya malu, malu pun perlu kena pada tempatnya.
Kalau malu di hadapan lelaki itu bagus,
Tapi, kalau malu dalam kelas sampai tak keluar suara, baik tak payah belajar,
Kalau malu dalam kelas, lepastu bila di luar kelas atau kuliah bercouple, dating, bercinta-cintun hingga melakukan maksiat tak malu, jadi, malu dalam kelas tadi adalah satu hipokrit dan lakonan. Malu tu biarlah bertempat.
Kalau malu tapi wat dosa tak malu, hanya malu depan ustaz ustazah, bila g KLCC berdating tak malu dengan orang ramai, baik tak payah, malu tak kena tempat. Malu tu bermusim pula.
Malu itu sebahagian daripada iman. Al Haya’u minal iman.
Malu yang sebahagian dari iman ini perlu diteliti di mana tempatnya…?
Perempuan, jika ia bekerja di luar rumah ia adalah fitnah.
Perempuan memang fitnah, di mana sahaja.
Perempuan walaupun dia jaga diri dia pun, ia boleh difitnah, kerana terlalu baik hingga menaikkan marah orang. Ha, yang ini takpe, kerana ia baik untuk kejar redha Allah, kalau manusia tak redha nak wat camne…takpe, Allah kan ada…
Perempuan…perempuan…
Menyesal jadi perempuan?
Tidak sama sekali…Perempuan jika ia mentaati Allah, ia boleh masuk Syurga ikut pintu mana saja yang ia sukai… Allahumma aamiinn…syaratnya? Beriman kepada Allah dan taat akan suruhan-Nya…aha, nak berubah menjadi baik itu mudah, nak mengekalkannya dan istiqomah itu susah..
Macam mana caranya kakak?
Gini dik, pertama cari perkara yang membahagiakan dalam perubahan baru itu.
Contoh, nak istiqomah solat fardhu…cari buku tentang fadhilat solat. Tentang azab Allah untuk orang yang meninggalkan solat.
Contoh, nak pakai tudung labuh dan stoking, carilah tudung labuh yang cantik2 di kedai dan mestilah gembira memakainya..
Contoh, nak istiqomah solat dhuha, cari fadhilat atau kelebihan solat dhuha k..nanti jadilah best nak wat..
Contoh, nak tinggalkan lagu rock dan lagu yang mengkhayalkan, cari nasyid yang berbentuk macam lagu, yang hip hop dan kalau minat lagu inggeris, cuba ganti dengan lagu Maher zain, mesti best kan..ini antara cara nak istiqomah…nanti lama2 akan suka nasyid dan lama2 akan terbuka hati untuk berubah..kerana nasyid2 sangat banyak menyentuh hati dan menegur kita secara halus, pilihlah nasyid yang kita minat dan dengar selalu sebagai teguran tika kealpaan…
Contoh, banyak lagi…ana pun nak belajar istiqomah bukanlah mudah…kawan2 ingat sesenang je ke…susah tau…tapi, kuncinya ialah ana takkan putus asa..Allah jaga ana untuk setia dalam rahmat-Nya…ana takkan putus asa…walaupun berkali2 jatuh, ana akan bangun semula insya Allah…
Insya Allah..insya Allah…
You’ll found your way…
Lagu Insya Allah nyanyian Maher Zain sangat best..
Sekarang ni kumpulan nasyid favourite ana yang sangat favourite ialah Maher Zain, Shoutul Harokah dan , tapi yang ranking pertama dan kedua tetap lagi pertama Raihan dan kedua Hjjaz, Cuma nasyid2 tadi sangat best buat masa ni..lagi satu Insya Allah In Team dan Rabbani juga best…
Ini semua lagu penguat iman, tak percaya, cubalah…usah ragui taqdir-Nya..
Ingat, kita juga perlu bersyukur sebab adanya nasyid2 ni nak gembirakan kita untuk kekal hidup dalam pimpinan taqwa dan pengharapan sepenuhnya pada Allah…
Subhanallah…ya Allah…
Seriously, ana tak pernah menafikan fitrah insani..kita hendak kebebasan
Aku amat memerlukan-Mu ya Rob..Engkaulah Tuhan..Engkaulah Kekasih..Engkaulah tempatku bergantung..Engkaulah harapanku…Engkaulah dambaanku..Kau lah segalanya untukku…
Sesungguhnya, impian untuk hidup sepenuhnya dengan cara hidup Islam akan terlaksana.
Kita perlu berusaha gigih, mencari jalan dan bersusah payah sekarang demi melakar episod hidup kita pada masa akan datang dalam pimpinan taqwa.
Memang sukar, tapi tiada yang mustahil.
Usah ragu dengan taqdir-Nya.
Jika kita ingin menjadi ahli Syurga, buatlah cara orang yang beramal seperti ahli Syurga.
Bukannya bila kita berdosa, satu batu besar jatuh dari langit menghempap kita.
Tapi, kita boleh tahu yang kita berdosa, bila hati kita tak gembira dan rasa bersalah.
Sayang, cinta dan rindu hanya untuk Allah…
Subhanallah ya Allah…permudahkanlah urusan hidup kami dalam menggapai mardhotillah, bahagiakan kami di dunia dan akhirat, tegurlah kami bila kami silap dan tersalah…mungkin kami tak perasan kami sedang hanyut dalam dosa pada-Mu…
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.
Wallahua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan