Islamic Widget


Rabu, 12 Mei 2010

Macammana Hendak Menjadi Baik?

Macam Mana Hendak Jadi Orang yang 'BAIK'

Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.


Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi s.a.w., “Bagaimana keadaan orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri?”. Nabi s.a.w. menegaskan: “Solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.” “Tetapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat, bagaimana?”. “Itu yang saya katakan, dia perlu memperbaiki mutu solatnya. Perbaiki solatnya .. bila solat dah baik, insyaAllah orang itu akan jadi baik.”

Nak jadi baik memang lambat.

Membina - mengambil masa; meruntuh - sekelip mata.

Bagaimana nak perbaiki solat?

Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan rukun solat iaitu:

Rukun fi’li (perbuatan fizikal) seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya.

Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah.

Rukun Qalbi (membaca) pada rasa yang bersemi di hati.

Cari ilmu yang bagaimana?

Cari makna bacaan Fatihah, cari tafsirannya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, perlakuan sujud dan perlakuan berdiri betul. Perlu jaga 7 anggota sujud. Perlu memahami semua rukun-rukun solat, bukan sekadar tahu sahaja. Perlu menghayati rasa hina diri, malu, takut, harapan dan kagum kepada Allah dalam sujud kita. Itulah yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.

Amaran daripada Imam Ghazali: “Jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, itu sama keadaannya dengan mempersembahkan ‘bangkai’ yang tidak bernyawa”.

Kenapa orang tidak mahu atau malas mengerjakan solat?


Punca orang enggan solat ialah apabila dia tidak terasa perlukan Allah dalam kehidupannya. Dia tidak nampak atau terasa keagungan, kekuatan, kekayaan, keilmuan dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah.


Kenapa jadi begitu?


Orang tidak nampak kebesaran Allah sebab dia tidak terasa kekerdilan dirinya. Sebaliknya dia merasa dirinya atau makhluk-makhluk lain yang lebih besar. Jadi, pergantungan, pengharapan dan kekaguman bukan kepada Allah, tetapi kepada selain- NYA.

Credit to: Imam Global
Dipetik Dari Majalah Solusi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com