Islamic Widget


Sabtu, 15 Mei 2010

KEMATIAN MENANTI ANDA 1


Ungkapan 'MATI'..pasti menggerunkan hati manusia yang mendengarnya. Jika ditanya pada semua orang di akhir zaman ini, adakah mereka takut akan kematian? pasti kebanyakkan jawapan mereka ialah....(tepuk dada tanya hati/iman).
Saya buka soalan ini kepada anda..Adakah anda takut pada kematian? Adakah anda telah bersedia menghadapi kematian? Sejauh mana anda mengingati ketibaannya?



Pernahkah Anda melihat kuburan? Pernahkah Anda melihat gelapnya kuburan? Pernahkah Anda melihat sempit dan dalamnya liang lahat? Pernahkah Anda membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur? Sedarkah Anda bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk Anda dan untuk orang-orang selain Anda? Bukankah silih berganti Anda melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga dekat Anda diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Dari buaian dunia yang terang benderang ke kegelapan liang lahat… Dari keceriaan bermain dengan keluarga dan anak-anak kepada kekerasan tanah dan ulat-ulat…Dari kenikmatan makanan dan minuman kepada timbunan debu dan tanah… Dari kelembutan pergaulan di tengah-tengah keluarga kepada kesendirian yang mengerikan…Dari kehidupan yang nikmat kepada tempat perkiraan amal yang sangat menakutkan.

Di dalam kubur, liang yang sangat sempit itu, tidak ada lagi perbezaan antara pelayan dan sang majikan, yang kaya dan yang miskin, semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Dan kematian itu tidak mengenal umur tertentu, waktu tertentu atau sakit tertentu. Oleh sebab itu waspadalah dan terus bersiap-siap menghadapinya.

Dari Hani’ Maula Utsman, ia berkata, ‘Jika Uthman ra. berdiri di samping kuburan maka beliau menangis hingga basah janggutnya’. Maka ditanyakan kepada beliau, ‘Jika engkau mengingat Syurga dan Neraka tidak menangis, mengapa engkau menangis kerana ini? Maka beliau menjawab, ‘Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
“Kuburan adalah awal kehidupan akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka setelahnya menjadi lebih mudah. Dan jika ia tidak selamat daripadanya, maka setelahnya lebih mengerikan.” Kemudian Uthman ra. berkata, ‘Rasulullah saw. juga bersabda, ‘Aku tidak melihat suatu pemandangan melainkan kuburan lebih mengerikan daripadanya.” (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albani)

Umar bin Abdul Aziz rahimahullah suatu hari menasihati para sahabatnya, di antaranya beliau berkata:
“Jika kalian melewati kuburan, panggilah mereka jika engkau bisa memanggil. Lihatlah, betapa berdempetnya rumah-rumah mereka. Tanyakanlah kepada orang-orang kaya dari mereka, masih tersisakah kekayaan mereka?

Tanyakan pula kepada orang-orang miskin di antara mereka, masih tersisakah kemiskinan mereka? Tanyakanlah tentang lisan-lisan yang dengannya mereka berbicara, sepasang mata yang dengannya mereka melihat indahnya pemandangan.

Tanyakan pula tentang kulit-kulit lembut dan wajah-wajah yang cantik jelita, juga tubuh-tubuh yang halus mulus, apa yang diperbuat oleh ulat-ulat di balik kafan-kafan mereka?

Lisan-lisan itu telah hancur, wajah-wajah yang cantik jelita itu telah dirobek-robek ulat, anggota badan mereka telah terpisah-pisah berserakan. Karena itu, wahai orang yang tak lama lagi akan tinggal di kuburan! Kenapa engkau terpedaya dengan dunia? Renungkanlah orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita. Sungguh mereka amat berharap untuk kembali ke dunia. Agar mereka dapat menghimpun amal sebanyak-banyaknya. Tetapi, itu semua tidak mungkin terjadi.”

Oleh sebab itu wahai saudaraku perbanyaklah mengingati mati dengan menziarah kubur kerana itu adalah jalan agar kita istiqamah dalam beribadah, sebagaimana disebutkan dalam riwayat Muslim, ziarah kubur menjadikan orang mengingat mati. Dan mengingat mati melahirkan sikap terpuji. Ad-Daqqaq berkata, ‘Barangsiapa banyak mengingat mati, niscaya dimuliakan dengan tiga perkara; segera bertaubat, diberi hati yang qana’ah dan bersemangat dalam ibadah. Sedang orang yang lupa mengingat mati akan diganjar dengan tiga perkara; menunda-nunda taubat, selalu merasa tidak cukup dan malas dalam beribadah.”

Al-Hasan berkata, “Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Karena itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.”

Dahsyatnya kematian bermula dari sakitnya sakaratul maut, tak seorang pun dapat mengetahui dan menceritakannya kecuali dirinya sendiri, yang langsung merasakan. Aisyah ra. berkata, “Di hadapan Nabi SAW, terdapat kaleng berisi air. Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian membasuh wajahnya seraya bersabda: “Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah… Sesungguhnya kematian itu ada sakaratnya.” (HR. Al-Bukhari)

Dalam lafadzh lain diriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya, beliau berdoa:
“Ya Allah, tolonglah aku ketika sakaratul maut.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi, dihasankan oleh Hakim).

Yang dimaksud dengan sakaratul maut ialah kengerian dan kedahsyatan saat menjelang kematian.
>>akan bersambung..

Wallahu a’lamu bisshawab. Semoga bermanfaat bagi semua.

Allahumma hithna bittaqwa wal istiqamah wa a’idna min mujibaatinnadaamai fil haali wal maali innaka samiiuddu’a, shallallahu alaihi wa sallama wa syarrafa wa majjada wa adlama kalimatun haqqin alaiha nahya walaiha namuut waalaiha nub’atsu insyaAllahu taala minal aaminin, amin ya Rabbal ‘alamiin

p/s : InsyaAllah..ana akan berbicara lagi tentang topik ini di lain masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com