Islamic Widget


Jumaat, 14 Mei 2010

MADAH BUAT SAHABATKU


Sahabatku,
Kau kukasihi kerana-Nya…
Jangan biar dirimu terlupa..
Terlupa siapa engkau..
Terlupa siapa DIA…
Terleka mengapa kita di sini..
Terlena dalam lazatnya fana..

Sahabatku,
Kau dan aku tahu..
Perjuangan kita pasti..
Ia suatu yang mesti..
Ia menuju hakiki..
Nun di sana pasti..
Syurga menanti..
Kaulah kawan, sahabat dan teman….
Aku bersedih,
kau datang memujukku..
Kau mengerti dukaku
Aku kata tinggalkan kusendiri..
Kau Memberiku Ruang
Bila tenang, kau kucari..
Bicaramu satu tarbiyah
Kau menegurku biarpun payah
Kau cermin diriku
Tak bisa menipu
Kau marahkan aku..
Kau tegur aku…
Kau bilang aku degil..
Kau buat aku terkebil-kebil..
Aku bilang kau pun sama..
Kau bilang manakan sama
Akhirnya kita gelak saja..
Biar seribu duka..
Kita masih punya bahagia..

Sahabatku,
Aku bersyukur mengenalimu..
Biarpun berat isu dikupas
Siang malam ber’meeting’ sakan..
Bukan kita mencipta malas..
Tapi kita punya wawasan..
Tidak sekali kita mengadu..
Apatah lagi di hari mendung
Namun kita punya Tuhan
Dialah Tuhan sebagai Pelindung..
Biar wajahmu mengundang duka..
Tapi bibirmu mantap bicara
Biar jiwaku meruntun sayu..
Namun semangatku sentiasa membara
Sahabatku…
Sepanjang persahabatan ini
cukup untuk kukenalimu..
Buruk baikku kauterima..
Biar dibuang, dihina…kau tetap di sisi…
Sehala, sefikrah…
Biar pandangan kita sering berbeza…
Kita saling menghormati,
Kau Tahu pendirianku..
Aliran Syariah itulah prinsipku..
Tapi, matlamat kita satu…
Berjuang itu wajib!
Demi ALLAH Tuhan kita!
Itu titik kita bertemu..
Di situ kita bersatu…

Sahabatku sayang,

Bukannya kita tidak tahu
Berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban
Tapi kita punya mahu
Ikut apa Tuhan mahu
Bukan apa mereka mahu
Bukan ini soal maruah
Bukan kita mengundang marah
Biar rebah jangan berubah
Tak kirala walaupun susah
Tidak kita inginkan wang
Dari dahulu sampai sekarang
Biar terbuang tetap berjuang

Sahabatku
Teruslah ke hadapan
Tepuk dada tanya iman
Adakah kita masih berjuang?
Atau kita semakin alpa
Kata orang mengapa sibuk
Sepanjang masa tiada henti..
Kita kata kita nak mati..
bila-bila masa tak tahu hari
Mereka ketawa bersuka ria..
Sedangkan kita berkerut dahi..
tak kira masa mahupun hari
memikir-mikir masalah ummat
Walaupun hati ditumbuk lumat..
Ada dua jenis jihad
Jihad yang am dan yang khas..
Yang mana yang kita lakukan..
Redha Tuhan yang kita harapkan
Kita tetap mesti laksanakan.
Biar mati di tangan lawan
Tidak ingkar melawan Tuhan

Takbir! ALLAHUAKBAR!

::SALAM PERJUANGAN SAHABATKU::

P/S : Puisi ini ada hasil karya seorang teman..tapi ana telah mengubah serta menambah..
sepatutnya hanya ada rangkap sahaja..

~by hand~

::Syirah::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com