
Menghitung hari pada waktu cuti tanpa melakukan apa-apa aktiviti (sehari terasa bagai sebualn berlalu)....Cuti ini macam-macam peristiwa yang terjadi.
Sebagai insan yang lemah ana akui, Ujian-ujian yang datang terasa berat untuk dihadapi..bak kata sahabat ana 'terlalu banyak fikir'...'layan perasaan sangat' (bila ana fikir..betul juga, itulah sebabnya ujian itu terasa membebani diri)
Di usia semakin menghampiri zaman kedewasaan.. ujian yang sering membebani manusia, semestinya 'soal hati'..straight to the point 'cinta'
'Soal hati'..ana sebenarnya tidak berapa gemar membicarakan topik ini.malas nak fikir.
Soal hati..Ana bersyukur, kerana selama ini ujian hati (cinta manusia) tidak pernah membebani diri ana..mungkin pernah tetapi alhamdulillah ana berjaya menghadapinya..caranya ialah ana sentiasa (mengutamakan apa yang lebih utama)..hindari sesuatu yang boleh menyakiti diri sendiri.
Bukan ana hendak mengelak atau menafikan fitrah manusia..tipulah jika ana tidak pernah terusik tentang soal hati ini..ana juga manusia biasa bukan robot(tiada perasaan)..atau malaikat yang diciptakan tanpa hawa nafsu.
Bila bicara tentang hawa nafsu ini..teringat pula satu sms dari teman "seuntai madah untuk dihayati, setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati..Iman itu dinding taqwa, sedangkan taqwa itu perisai hati, yang memusnahkannya pastilah hawa nafsu, di layan jangan, di buang pun jangan, tetapi di didik perlu, di asuh mesti.. Apapun kebaikkan yang dilakukan, ikhlas ubat penawar segala-galanya.. Yakin pada Allah, kejayaan pasti menanti, INSYAALLAH.."
Panjang juga madah itu rupanya..ana bawakan kata-kata ini sebagai nasihat..tetapi sebaik penasihat dan hujah semestinya ayat al-Quran..
Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali-Imran:ayat 29)
"Apakah manusia itu mengira bahawa dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi di uji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah swt mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta" (surah al-Ankabut : ayat 2-3)
**Merujuk ayat tersebut..jelaslah apabila kita menyatakan yang kita beriman kita akan mendapat ujian..ujian bukanlah satu bebanan..
**Beruntunglah orang yang mendapat ujian..itu ertinya keimanannya diuji.. apabila telah diuji dan lulus menghadapi ujian..maka ingatlah janji Allah pada orang-orang yang beriman..
Sebenarnya ana ingin membuka topik mengenai cinta..tapi disebabkan ana jarang atau tidak lagi memikirkan soal cinta antara lelaki dan perempuan ini..jesteru itu, ana sukar juga sentuh topik ini..
Jika cinta kepada Allah swt..cinta dunia yang lain mungkin ana masih hebat berkata-kata.
Saudari dan saudara yang kukasihi..mari sama renung madah tersebut..
Kehidupan ini
semua perkara di sekitar kita kelihatan indah dan cantik.
Apabila hati penuh dengan kebencian,
semua perkara dipandang buruk dan senantiasa membawa masalah.
Mungkin sahaja apa yang kita sayangi,
bukan yang terbaik buat kita.
Dan mungkin sahaja yang kita benci adalah yang terbaik untuk kita. Dengan itu, bersederhanalah dalam segala hal.
**Jadi janganlah terlalu berharap pada sesuatu yang kita sendiri tidak pasti..kerana Allah swt lebih mengetahui apa yang baik buat manusia.
**Ada lagi ungkapan..ana petik dari blog sahabat.bagus le jadi ingatan untuk kita
p/s :Semoga Allah memudahkan urusan ana, membantu ana dalam penulisan ana. Allah pemilik semua perkara dan penentu segalanya!
Moga ana dapatlah berjuang bersama pejuangNya..dapat menjadi sayap kiri dalam perjuangan Islam..Bangkitlah berjuang wahai pejuang..
Sekiranya seruan ini dapat menjelma menjadi angin,
Biarlah ia menembus ke setiap hati para pejuang,
Menelusup ke dalam bahagian yang paling putih,
Menjaganya supaya tetap bersih dan suci.
Agar sentiasa hadir keperkasaan,
Yang sentiasa mampu menentang kelemahan,
Supaya sentiasa mampu menentang kebatilan,
Supaya sentiasa tertorehkan catatan emas,
Hingga sentiasa jaya,
Islam dan kaum Muslimin Seluruhnya
Rintihan Hati
::Ain Syirah::
Subhaanallah...
BalasPadam~setuju..
"Ujian adalah untuk mengesan sejauh mana keimanan seseorang itu.. hal ini sepertimana yang telah disebutkan dalam al-Quran
"Apakah manusia itu mengira bahawa dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi di uji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah swt mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta" (surah al-Ankabut : ayat 2-3)
akak petik kata-kata sahabat...
"Adukan masalah kamu kepada ALLAH swt, jika seseorang merahsiakan masalahnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada ALLAH, maka ALLAH swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka ALLAH swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut."
akak doakn yang terbaik buat syirah..
syukran..
BalasPadamcomments yang membina..
kata-kata dari sahabat akak memang nasihat berguna.
syukran..