
Ada beberapa pekara yg membuat solat menjadi mantap. Mantap? ya, maksud ana adalah khusyuk’.(hasil kaji selidik ana) Sekadar perkongsian:
1. Bersiap diri sepenuhnya untuk solat. Kebanyakan kita berdiri untuk solat seperti bangun dari tempat duduk yang berbantalkan lem power glue.
2. Tuma’ninah, artinya berhenti seketika (tenang, konsentrasi, fokus dan tidak banyak bergerak untuk hal-hal yg tidak penting, tetapi juga bukan bererti diam membatu seperti tengah bertapa.
3. Mengingat mati di saat solatmu, kalau ketika solat yang kita fikir esok kita akan mati, nescaya bertambahlah pasrah diri kita terhadap Allah, kerana ini adalah solat terakhir kita di dunia di hadapan Allah.
4. Memahami makna bacaan solat. Sebaiknya sedikit banyak kaum muslimin hendaknya mempelajari bahasa Arab, sebab bagaimanapun Allah sudah memilih bahasa arab sebagai bahasa pengantar agamaNya. Memang bahsa arab susah untuk dikuasai sepenuhnya Tetapi sekurang-kurangnya, kita cuba mengetahui makna doa dan surah-surah yang kit abaca dalam solat, itu sudah cukup. Adalah tidak masuk akal kita meminta kepada Allah dengan ucapan yang kita sendiri tidak memahaminya, Islam bukan agama mantra
5. Membaca al-Qur’an sambil berhenti pada setiap ayat. Faedahnya adalah memberi nafas kepada setiap ayat lalu memberi kesempatan hati untuk menerjemahkan makna dari setiap huruf, bahkan kalimat yang telah terucap.
6. Membaca al-Qur’an dengan tartil serta membaguskan bacaan. Dalilnya adalah jelas, silahkan buka-buka di al Qur’an.
7. Yakin bahawa Allah akan menerima segala do’a, sanjungan, pujian, dan harapan dalam solat kita.
8. Meletakkan sutrah ( tabir pembatas ) mendekatkan diri ke arahnya, maksud meletakkan pembatas adalah ketika kita solat sendirian, misalkan di sebuah masjid, sementara orang berlalu lalang di hadapan kita. Seorang yang berlalu di depan seorang yg sedang sholat, sungguh ia telah mendapatkan kerugian dan masalah besar jika ia mengetahuinya. Sementara membiarkan seseorang seenaknya sendiri lewat di depan muka kita ketika kita sedang sholat, maka hal itu membuat kekhusyukan solat kita jadi terganggu.
9. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di dadanya, jangan salah, bukan di sebelah atas dada yakni di dekat leher, atau di perut, atau di pusat. tetapi di bawah dada di atas perut.bertanyalah pada yang arif..
10. Melihat ke arah tempat sujud, maknanya adalah ketundukan terhadap Allah, jangan mata kita melilaau kesana-sini..awas nanti solat kamu akan terbatal..nanti bukan dapat pahala dapat dosa pula..jagalah pandanganmu.
11. Mengangkat jari telunjuk disaat tasyahud ketika menyebut syhadah kalimah Allah, dalam hal ini ada perbedaan pendapat, pada prinsipnya; ikuti saja yang anda ketahui dalilnya dan jangan mempermasalahkan orang lain yang berbeda dengan anda. Pandangan ana menggerakkan jari lebih membantu konsentrasi sholat ketika dalam duduk tasyahud. Sesuai hadits yg mengatakan syaitan takut terhadap gerakan jari dalam tasyahud sholat, silahkan rujuk sendiri haditsnya
12. Membaca surat-surat al-Qur’an atau do’a-do’a secara berganti-ganti, Allah memberikan kita kemampuan untuk belajar, dan menghafal, jadi berusahalah untuk menghafal ayat Al-Quran(bermanfaat dunia dan akhirat).
13. Memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan, sesungguhnya ketika azan dan iqomah berkumandang, syaitan-syaitan lari bertempiaran mencari tempat persembunyian, tetapi sesudah itu mereka akan kembali untuk memulakan semula tugasan mereka mengganggu orang yang tengah solat. Kerana itu sebaik-baiknya memulakan bacaan dengan membaca taa’uz. Ingatlah syaitan adalah musuh utam dan nyata(walau tidak kelihatan)..tetapi berusaha menghindari tipudaya mereka..Allah swt sebaik-baik pelindung.mintalah kepadaNya.
14. Membayangkan kekhusyukan orang-orang soleh terdahulu saat mereka solat, caranya ialah banyakkanlah membaca kisah para shahabat(orang yang beriman sebelum kita serta mereka yang telah dijanjikan syurga oleh Allah), bagaimana mereka sholat. Tetapi sebaik-baik teladan yang patut kita ikuti ialah Rasulullah saw sendiri..insya Allah.
15. Mengetahui keistimewaan-keistimewaan khusyuk dalam solat. Ana tidak membahas keistimewaan khusyuk dalam tulisan ini, silahkan baca sendiri. Yang jelas jika kita mengetahui kelebihan serta keistimewaan melaksanakan solat yg khusyuk, maka insyaAllah solat kita akan solat sepenuh hati.Tetapi ingat Solat yg benar dan kshuyuk saja bukan jaminan 100% diterima (karena kewajiban manusia adalah menjalankan perintah dgn sebaik-baiknya, hasil di tangan Allah), sebaik-baiknya solatlah dengan ikhlas(kerana inginkan redha Allah)
16. Bersungguh-sungguh dalam berdo’a ketika solat, khususnya pada waktu sujud. 90 % bacaan solat adalah do’a, tentu ini untuk kebaikan kita. Ingat sstiap bacaan dalam solat adalah doa..maka bacalah dengan betul..jika salah baca, maksudnya juga akan berubah..
17. Berzikir setelah solat.., jangan lupakan ini. Selesai solat bermunajatlah kepadanya..dekatkan lagi hatimu kepada pencipta yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu..tidak rugi..setelah itu akanlah tangan untuk meminta kepadaNya..Allah swt suka kepada hamba yang selalu berdoa kepadanya..janganlah sombong kepada pencipta dirimu..janganlah terburu-buru.
p/s : Akhir kalam inilah sahaja yang dapat saya kongsikan untuk masa ini..Marilah bersama
kita usahakan untuk mendapatkan solat yang khusyuk.InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan