Islamic Widget


Sabtu, 5 Jun 2010

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PEMBANTU

::Hasbunallah wa ni’mal wakil::


Ana biasa mendengar perkataan ini, tetapi tidak tahu mengapa ana merasa sedikit berbeza kali ini.. Iaitu ketika ana mendengar tazkirah di masjid oleh ustaz Nazri.

Ana suka mengikuti kuliah yang di adakan dimasjid. Banyak ilmu yang bermanfaat yang dapat kita perolehi.(pergilah masjid anda pasti tidak menyesal)

Ianya ialah satu kuliah Maghrib yang pernah ana ikuti dan benar-benar menawan hati ana.
Setiap hari Isnin..ustaz yang memberi kuliah lebih menekankan tentang akidah..
Ana sangat gemar bila berkaitan tentang akidah Islam..kerana itu seboleh-bolehnya pada setiap hari Isnin ana akan pergi ke masjid pada waktu maghrib. (insyaAllah istiqamah)

Ana kongsi apa yang ana dapat daripada kuliah pada hari tersebut..an ahanya menyentuh yang berkaitan dengan kalimah ::Hasbunallah wa ni’mal wakil::

Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya terhadap
janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya,
dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya, merupakan sebahagian daripada
buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat
mukmin yang paling mulia. Dan ketika seorang hamba merasa tenang bahawa apa
yang akan terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya
hanya kepada Tuhannya, maka ia akan memperolehi pengawasan, perlindungan,
kecukupan, kekuatan serta pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ketika Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam dilempar ke dalam api, ia mengucapkan ; “Hasbunallah wa ni’mal wakil” (Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung). Maka Allah menjadikan api yang panas itu dingin seketika dan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam pun selamat(tidak terbakar).

Demikian juga halnya yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya Radhiyallahu ‘anhum tatkala mereka mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, di mana mereka juga mengucapkan : “Hasbunallah wa ni’mal wakil.”

…..cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah
adalah sebaik-baik Pelindung, Maka mereka kembali
dengan ni’mat dan kurnia (yang besar dari) Allah,
mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka
mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai
kurnia yang besar. (Ali-’Imran; 173-174)

Manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana, menakluk setiap derita, dan mencegah
setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Ini adalah kerana, manusia diciptakan sebagai makhluk yang sangat lemah. Mereka hanya akan mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila mereka bertawakkal kepada Tuhannya, percaya sepenuhnya kepada Perlindungannya, dan menyerahkan semua perkara kepadaNya, maka ia akan memperolehi kekuatan.

Sebaliknya, jika mereka tidak bertawakkal, jalan keluar mana lagi yang boleh dilakukan oleh hamba yang hina dina ini dalam menghadapi berbagai-bagai macam ujian dan cubaan?

….dan hanya kepada Allahlah hendaknya kamu
bertawakkal jika kamu benar-benar beriman. (Al-
Ma’idah:23)

Oleh kerana itu, wahai orang yang menyedari kelemahan dirinya, bertawakkallah kepada Yang
Maha Kaya dan Yang Maha Kuat, yang mempunyai kekuatan yang amat besar, yang tiada bandingannya agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan
keluar dari bencana!Jadikanlah: “Hasbunallah wa ni’mal wakil” syiar dan semboyan yang selalu
menyelimuti langkah hidup anda. Jika harta anda berkurangan, hutang anda banyak, sumber
penghidupan anda berkurang, dan mata pencarian anda menyempit, mengadulah kepada Tuhanmu seraya mengucapkan : “Hasbunallah wa ni’mal wakil”

Apabila anda takut menghadapi musuh, cemas terhadap perlakuan yang zalim, atau khuatir
terhadap permasalahan kehidupan, maka ucapkanlah dengan tulus ikhlas akan kalimah ini:
“Hasbunallah wa ni’mal wakil”.

…dan cukuplah Rabbmu menjadi Pemberi Petunjuk
dan Penolong. (Al-Furqan:31)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com