Islamic Widget


Sabtu, 5 Jun 2010

SEDIKIT PERKONGSIAN..

BISMILLAH..


Sepanjang cuti ini Allah memberi ana banyak komitmen.

Cuti ini ana menjadi suri rumah sepenuh masa..(berat juga tanggungjawab ni)
kerana komitmen ini, ana dah jarang berhubung dengan kawan-kawan kerana ana tiada masa isi kredit dan online.

Ana rindu kawan-kawan ana..semua kawan-kawan ana dari waktu sekolah hingga kawan ana sekarang.Maafkan segala kesalahan yang ana telah lakukan.
Mesti
Rindunya dengan kawan-kawan, tidak sabar nak memulakan sem2.

Kadang-kadang ana online..dapatlah betegur sapa dengan sahabat yang online.

Pada waktu cuti ini ana dan ukhti Rezwanah selalu chat, itu pun jika ada kebetulan online waktu yang sama, kami sering membincangkan tentang masalah cinta.

Rez menjadi dr.cinta untuk kawan-kawannya..
Moga Allah merahmati ukhti Rez..selamat berjuang adikku.

Melalui perbincangan kami..ana bawakan video untuk kita hayati bersama.Dan moga dapat mengindar dari cinta berdasarkan nafsu.

Doa ini juga buat seorang sahabat..fahamilah diri dan kehendak hatimu.
Hargailah sebuah persahabatan..setialah pada yang satu. Moga engkau menemui jawapan yang kau harapkan..amin
Dan buat diri ini serta semua sahabat..
Kita tidak berhak menyakiti hati orang lain..jaga hati, mata dan tingkah laku kita.
Dan amalkan doa ini, moga kita di lindungi dari cinta dunia yang melalaikan.

MARI BERSAMA MENGHAYATI VIDEO INI..INSYAALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com