MAKA persaksikanlah pada hari ini, dengan perhimpunan rasaksa rakyat Malaysia di hadapan pagar Kedutaan kamu yang berkunci, bahawa inilah harinya kami mengisytiharkan yang kami tidak akan lagi bertolak ansur dengan kerajaan kamu yang mendokong, melindungi dan memanjakan negara Israel.
Ribuan orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu.
IKUTI ARTIKEL PETIKAN DI BAWAH..
------------------------------------------------------------------------------
MEMORANDUM KEPADA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI GAGASAN RAKYAT MALAYSIA MENENTANG ISRAEL
----------------------------------------------------------------------------------
Demo anti-Israel: 10,000 berarak ke kedutaan AS
Jun 4, 10 2:25pm |  |
|
Ribuan orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu. Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer. Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini. Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini. Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut. |
MALAYSIAKINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan