Islamic Widget


Rabu, 2 Jun 2010

INGATAN BUAT PEJUANG..








SEMUA MENYERUH PEJUANG UNTUK TURUN BERDEMO ESOK..

Terutama yang mengakui diri mereka berjuang untuk agama Allah dan membenci kebatilan.

------------
SEKADAR MEMERHATI

Memerhati dan menyokong itu sahaja yang mampu ku lakukan..

Tidak mampu berdiri bersama mereka.
Terasa diri ini sangat lemah..

Ya Allah..
Adakah hambaMu ini hanya tahu berkata-kata..
Izinkan aku berjuang bersama pejuangMu

Tatkala hati dirundum rasa kesal..
kerana tiada kemampuan untuk melaksanakan satu sahutan perjuangan..

Allah mengilhamkan jawapan..merawat hati hambaNya agar tidak berputus asa.

Firman Allah:
“Katakanlah: “Hai kaumku, Bekerjalah sesuai dengan keadaanmu, Sesungguhnya aku akan bekerja (pula), Maka kelak kamu akan mengetahui”. (Az-Zumaar:39)

Ya..aku hanya insan biasa..
apa yang ku lakukan adalah untuk Allah..
aku hanya melaksanakan apa yang telah Allah rencanakan untukku..

-----------
wahai mujahid dan mujahidah..

walaupun dirimu tidak mampu mengulurkan bantuan..
sesungguhnya Allah mengetahui niat kita.

Kita masih boleh melakukan solat hajat..
mendoakan kemenangan umat Islam..

Kerana yang lebih Gaza dan para aktivis perlukan ialah Allah.

Masjidil Aqsa milik Allah dan hanya memerlukan pertolongan Allah. Gaza hanya perlu Allah. Palestin hanya memerlukan Allah. Bila Allah mahu, sungguh mudah bagiNya untuk saat ini juga, detik ini juga, membebaskan Masjidil Aqsa. Membebaskan Gaza bahkan seluruh Palestin.

Cara Allah Mengingatkan
Aku berusaha mengingatkan diriku selalu. Namun Allah selalu punya cara terbaik untuk mengingatkan aku.

------------------
PERJUANGAN YANG BELUM TAMAT

Kita jangan berputus asa..
tetapi bersedia untuk segala kesulitan esok hari..

kerana musuh Islam tidak akan berhenti di sini..

Ingat rencana mereka beratus tahun lalu..kini baru melihatkan hasil..

Kita melihat dengan lebih luas, betapa apa yang berlaku hari ini, apa yang ada di sekitar kita hari ini, adalah semuanya hasil perancangan yang telah mereka usahakan beratus tahun yang lepas.

Pemimpin-pemimpin dunia hari ini adalah produk didikan mereka. Suasana hari ini adalah acuan tangan mereka. Media hari ini adalah keluaran mereka. Hiburan, maksiat, dosa, semuanya diatur oleh mereka agar menjadi malakah(darah daging) dalam kehidupan kita. Mereka yang menyediakan itu dan ini, mengaturkan itu dan ini, agar kita terpenjara dalam ruang lingkup yang dikehendaki mereka.

Akhirnya, hari ini tiba. Mereka boleh menipu tanpa ada yang mampu bertindak terhadap mereka. Mereka mengawal ekonomi. Mereka mengawal suara pemimpin. Lihatlah betapa sikitnya yang ambil kisah dengan Islam dalam kehidupan mereka, lihatlah betapa sikitnya pula yang ambil kisah dengan Palestin sana, jangan dicerita pula betapa sikitnya yang berjuang di atas jalan Allah SWT.

Inilah kejayaan rencana mereka..

Adakah mereka mula menggerakkan perancangan mereka semalam?

Tidak.
Mereka telah bermula beratus tahun yang lampau.
----------
HARI INI..

Kita laknat mereka, kita doa kehancuran untuk mereka, tetapi kita tidak bersedia untuk jangka masa yang panjang , maka kita tidak akan mendapat apa-apa kemenangan.

Hari ini mereka bebaskan orang ikut kehendak kita. Esok mereka bunuh lagi orang lain yang sama pentingnya, cuma mungkin kita tidak mengenalinya. Hari ini mereka berikan kita apa yang kita mahu, agar kita tambah alpa dan leka, rasa kemenangan sudah milik kita. Esok mereka gerakkan lagi perancangan yang lebih besar untuk memerangkap kita.

Hakikatnya, berapa ramai telah terbunuh di Palestin? Dan tinggal sebesar mana wilayah Gaza sekarang? Tidakkah orang Israel itu sentiasa berjaya?

Kita kata itu dan ini, tetapi kehidupan tetap tidak berubah. Kita hanya lancang pada bicara, tetapi hidup tetap tidak kita ubah tatacaranya. Kita tetap hidup macam orang jahiliyyah hidup. Cuba soal semula diri kita, lihat kembali kehidupan kita. Apakah dari jahiliyyah yang telah kita korbankan dalam kehidupan kita? Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah SWT? Bagaimana pula hubungan kita dengan muslim lain di sekeliling kita?

Kerana itu kita patut mencontohi gerakkerja Rasulullah saw dan para sahabat..

Sejarah telah membuktikan..

2 asas yang patut kita pegang:Dakwah dan tarbiyyah

Dakwah dan tarbiyah. Ia membina kilang mereka sendiri, memproses manusia agar menjadi seperti mana yang Allah redhai. Manusia yang telah diproses ini pula memberikan kesan pula kepada manusia yang lain menyebabkan kewujudan manusia-manusia yang Allah redhai semakin banyak. Ia seakan satu sistem piramid, MLM, tetapi berani saya katakan ini adalah sistem MLM Ilahi yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dahulu.

Adakah ianya dilaksanakan dalam sehari?

Tidak sama sekali. Ia telah digerakkan seawal hari pertama Rasulullah diutuskan. Dakwah dan tarbiyah.

mari bersama membuka lembaran sejarah.

------
NASIHAT BUAT PEJUANG

hayati lagu ADAKAH KAU LUPA..

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Lagu nasyid kumpulan Alarm Me..cukup menyedarkan kita.
rahsia untuk berjaya dan apa yang perlu ada pada seorang pejuang..

--------
AKHIR KALAM

hayatilah lagu-lagu perjuangan..
moga dengan mendengar lagu tersebut menaikkan lagi semangat perjuangan dalam diri kita..


p/s: dakwah dan tarbiyyah itu harus bermula pada diri kita sendiri..barulah orang
lain.
sentiasalah muhasabah diri dan membetulkan niat..

**ingat kita berjuang bukan untuk membuktikan kita ini seorang pejuang..cukuplah
Allah yang mengetahuinya.

::Hidup ini hanya untuk Allah, semata-mata kerana Allah. Kita hanya peminjam, sang musafir di dunia yang mengumpul bekalan menuju daerah barzakh sebelum menetap di kediaman kekal di Akhirat.::

HIDUP SATU PERJUANGAN
HIDUP UNTUK MENCARI REDHA ILAHI
TAMBAH ILMU,AMAL DAN IMAN

~UTAMAKAN APA YANG LEBIH UTAMA~

SALAM PERJUANGAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com