Islamic Widget


Rabu, 2 Jun 2010

DIRIKU SEORANG INSAN..muhasabah diri

03.Jun.2010

Andai Imam Hassan Al-Banna kisah perjuangan,
Andai Umar Abdul Aziz kisah pemerintahan,
Andai Bilal bin Rabah kisah kehambaan,
Apa pula kisah KITA?....~
DIRIKU SEORANG INSAN

Menghitung hari..tidak lama lagi akan bermulanya sem.

Alhamdulillah..result exam dah keluar..result ana boleh tahan.
Mungkin result ana tidaklah tinggi sangat, tetapi cukup untuk ana.
Malah Allah memberi lebih dari usaha ana yang lemah dan tidak seberapa untuk final exam tempoh hari.

--------
SEDIKIT PERKONGSIAN

2 hari ini ana hilang mood untuk menulis.

Menuliskan memerlukan ilham..apatah lagi tulisan yang mengikut rentak Melodi Jiwa.
Ana nak setiap tulisan di sini hadir dari jiwa ana bukan hanya menulis untuk menunjukkan ana mampu menulis. Itu bukan ANA..

Ana ingin menjadi muslimah yang menjadi sayap kiri perjuangan..
Ana sedar perkara itu memang susah untuk di capai apatah lagi..
DIRIKU SEORANG INSAN..

Kejahilan ana suatu ketika dulu..kadangkala memerangkap dan melemahkan jiwa Ana..
Segala macam persoalan hadir untuk meruntuhkan semangat yang baru disemai.
Sering terlintas di fikiran, layakkah ana?
Mampukah ana? Ihklaskah? Kenapa Ana memilih jalan ini?
Sejauh mana sumbanganku? Sejauh mana ana membuktikan kata-kata ana?

Disini baru ana sedar kenapa Islam menuntut umatnya menimba Ilmu..
baru ana faham kenapa Iblis dan syaitan lebih risau menduga orang yang berilmu berbanding ahli ibadah..

Kerana persoalan seperti tadi itu adalah bisikan syaitan untuk melemahkan diri kita.. untuk menduga sejauh mana kekuatan kita..dan ingin mematikan semangat kita..

Tetapi segala persoalan itu mampu terjawab jika kita mempunyai ilmu..
Sebaik-baik jawapan adalah menggunakan ayat al-Quran..
Ingatlah Allah swt telah menyediakan semua jawapan di dalam al-Quran bagi menjawab segala persoalan..untuk jiwa.

Allah SWT berfirman :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah –nasib- suatu kaum, sehingga mereka yang mau mengubah jiwa mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu. Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya”. (Al-Mu’minun:1-11)

Patutlah di antara kandungan wasiat terakhir Rasulullah saw ialah..
Umatku kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan al-Quran dan Sunnahku.

Sesungguhnya kalam Allah tiada tandingan malah mampu menghidupkan jiwa serta melindungi hati kita..

Firman Allah:
"Allah telah menurunkan Perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. dan Barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun”. (Az-Zumar:23)


----------
IMBASAN KISAH LALU

di sekolah SMU TAMBUNAN
Betul kata ustazah dan ustaz ana suatu ketika dulu..

Anak muridku sekalian..jalan terbaik buat kamu ialah Islam.
Sentiasalah berpaut di jalan yang benar.
Apabila kamu memilih Islam.kamu akan mendapat ujian dan dugaan yang berat-berat.

Waktu itu ana berusia belasan tahun, jiwa remaja menguasai ana.. kata-kata ustaz dan ustazah dibiarkan berlalu seperti angin.

Kerana terlalai dengan keasyikkan dunia remaja..ana meninggalkan sekolah agama.
Sedangkan tawaran menyambung ke Toh Puan Kota Kinabalu, bukan mudah dimiliki oleh sesiapa..dari sekolah kami hanya 3 orang sahaja yang layak. Dan ana adalah salah seorang dari yang layak ke sekolah menengah Agama paling terbaik di Sabah.
Ana menolak mentah tawaran itu..ana terlalu menurut gejolak rasa yang inginkan keseronakkan.Ana memilih untuk bersekolah di sekolah menengah biasa.Untuk menjalani hidup sebagai pelajar biasa.

Dapat ana lihat sedikit kekecewaan di muka ayahanda tercinta dengan keputusan yang tidak relevan dari ana.. (apa boleh buat ana terlalu degil waktu itu)

Boleh dikatakan ana dari kecil dah pindah banyak sekolah..dahsyat juga ana ni ya.
Kerana saat itu ana adalah seorang gadis kecil yang ego..(sifat jahiliyah ana)
Sukakan kemenangan..dan anti-lelaki.

MasyaAllah..

Jahilnya diriku saat itu..

Semakin hari hidupku semakin hilang arah..tapi secebis iman yang masih ada terus melindungi diriku..mungkin kerana ana pernah bersekolah agama dan jagaan serta didikan ibuku masih membentuk ana.

Saat jiwa mula asyik dengan tipu daya ana mula meninggalkan perkara yang wajib..pesanan ibu mula dilupakan. mengikut jiwa yang memberintak inginkan keseronokkan dunia.

Pelajaranku mula terabai..hingga aku memilih untuk berhenti belajar dan mencari kerja.
Tapi anak manja seperti ana ini mana tahan kerja berat..ana asyik betukar kerja.

Dalam waktu yang sama..ana mula merasa kosong dan tidak tenang.

Ibunda dan ayahanda ana mula menyedari ana bagai kehilangan arah..kerana kasih ayahanda mencarikan tempat yang boleh membimbing diri ana.

PLD..
Disana ana mempelajari semula apa yang telah ana tinggalkan..
mendalami Islam sepenuh hati..
memahami hakikat hamba dan kehidupan..

Ana bertemu ustazah dan ustaz (pensyarah2 ana)yang mengejar erti kehidupan dan cara hidup Islam..dari mereka ana menimba ilmu agama sedalam-dalamnya..

Tapi ungkapan iman tidaklah semudah ungkapan..ianya mesti bersama pelaksanaandan bagaimana kita akan mempertahankannya.

Sekali lagi hatiku di uji..tetapi
DIRIKU SEORANG INSAN
Di dalam ujian ini..diriku dalam keliru.
Aku hampir membuat kesilapan yang sama..

Syukur kasihnya Allah tiada tandingan..
Aku berusaha mengingatkan diriku selalu. Namun Allah selalu punya cara terbaik untuk mengingatkan aku.

Aku tidak menghabiskan pengajianku..dan ingin bekerja semula

Syukur Allah memberiku kerja yang baik..
Aku menjadi guru ganti di sekolah di kampungku sendiri..

Allah swt mentarbiyyah diriku melalui kanak-kanak tersebut..
Membuat diriku sentiasa muhasabah diri.
setelah tamat..aku bekerja pula di UMS.kampus utama di Kota Kinabalu

Disana Allah melahirkan semula keinginan ku menyambung study..
melihat remaja seusiaku menalaah pelajaran..terusik hatiku.
Aku sepatutnya melakukan perkara yang sama..dan merasa betapa jahilnya diri tanpa ilmu..
Wah, hebatnya petunjuk Allah swt.

ehm..kisah nak sambung study ada lagi ujiannya.

Kalau sambung belajar tempat ana yang lama malu..malu bukan itu yang bermain difikiran ana.(sebenarnya ada sebab ana tidak menghabiskan study ana..masalah peribadi)..biasalah masalah remaja.

Dan ana memboikot couple sebelum kahwin..di antaranya couple kampus yang semakin menjadi trend masa kini..

Ya Allah peliharalah hatiku..
Syukur di usia agak matang ini..aku dapat membentengi keinginan remaja dalam jiwaku yang suka pada keseronokkan dengan iman dan amal.

Akidah Islam membentengi diri ana dari terjebak dari segala masalah sosial..

Jauh juga ana melalut..sambung kisah yang terpotong dengan iklan bicaraku yang panjang tadi.

Ujian untuk menyambung study..

MasyaAllah..
Belajar ilmu dunia semata-mata atau belajar ilmu agama..

Ibunda dan ayahanda memeujuk ana belajar di UITM(kos kegemaran ana lagi tu).tetapi jiwa ana memerlukan makanan rohani..memenuhi jiwa ana dengan ilmu agama sebelum mendalami ilmu dunia.
Tawaran tu terpaksa ana tolak.

Hanya doa dan harapanku serah kepada Allah Swt..

Syukur dapat tawaran..KUIS.
dan beberapa kolej di semenanjung
antaranya Kolej Uni.Melaka..KIPSAS
namun mendapat tentangan..
ibunda tercinta dan kekanda ana tidak bersetuju..
ibunda risau ana berjauhan dari mereka.
yelah macam yang telah ana cerita tadi..ana ni suka bertindak ikut kata hati.
KUIS kan kat selangor..dekat AREA KL.
memang ana di besarkan di bandar..tapi bandarraya Kota Kinabalu dengan Bandarraya KL adalah sangat berbeza.

Ana memahami kerisauan family ana..
ana memang suka hidup di bandar..tapi tidak akan memilih bandarraya KL
bagi Ana membosankan..

ntah kenapa..mesti orang rasa pelik
Banyak orang suka hidup di KL..
tidak mengapa pandangan masing-masingkan..
Ana biasa juga turun naik KL ni..jalan2 time cuti

Ana tak seronok pun pergi di sana..

Sambung topik sebenar..
Maka ana tidak lagi dapat menyambung study..

Ana tegas pada pendirian..
Ana hanya sambung belajar dibidang agama dan bukan di Sabah(orang kata tabiat susah nak ubah..kedegilan ana masih macam dulu)

Risau juga jika Allah tidak suka kepada kedegilan ana..
lantas ana minta pada Allah..tawakal sepenuhnya
ada je tawaran lepas ini..ana terima kerana itu adalah pilihan Allah swt
Tapi ana memilih untuk mula dari bawah..ana berserah harapan.

perkara luar biasa terjadi..

Dengan izin Allah swt..
ibunda tercinta mengizinkan dan memujuk ana bekajar di kolej Islam.
tempat ana study sekarang.

Allahuakhbar!!

Tetapi macam biasa kita tidak akan lepas dari ujian..sepertimana telah tercatat di dalam al-Quran.

Firman Allah:
"Apakah manusia itu mengira bahawa dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi di uji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah swt mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta" (surah al-Ankabut : ayat 2-3)

Tetapi hati-hati juga..
Pertimbangkanlah segala keputusan kamu… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

-----------
JAUH JUGA KU MENGIMBAS KISAH LALU

Astagfirullah al azim..

Ana ingin berkongsi..setiap insan pasti mempunyai masa silam.

Baik atau buruk..jangan sedih dan kecewa
Alah mengetahui apa yang terbaik buatmu..
setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Dan sebaik-baik insan ialah mengakui kesilapannya dan bertaubat dan membaiki dirinya.
Marilah berubah menjadi Muslim sejati..

Jika mampu capai pula..keinginan menjadi pejuang Islam

::Sesungguhnya Allah SWT telah mengingatkan agar umat Islam bertaubat terlebih dahulu jika inginkan satu kejayaan dan kemenangan.Firman Allah SWT" Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu memperoleh kemenangan -An-nur:31::

Mari perolehi kemenangan itu..
Mari menjadi insan berjaya..dunia dan akhirat
jangan asyik memandang kebelakang..jika ianya membunuh semangat perjuanganmu.
boleh pandang ke belakang..untuk di jadikan minyak yang menyemarakkan semangat untuk menjadi insan yang lebih baik.

ana petik sedikit ungkapan..

teringat satu kata2 hikmat dari ibnu ‘Athoillah as-Sakandari :
من علامات النجح فى النهايات الرجوع الى الله فى البدايات

“Daripada tanda kejayaan seseorang itu pada akhir perjuangannya ialah dengan kembali (bermula dengan niat yang ikhlas dan tawakal) kepada Allah sejak mula perjuangannya”.


Ingat kita yang akan menetukan siapa diri kita.bak pepatah orang inggeris
ana bawakan satu puisi HAMLET

"to be or not to be, that a question"

--------------
Akhir Kalam..

Hidup ini hanya untuk Allah, semata-mata kerana Allah. Kita hanya peminjam, sang musafir di dunia yang mengumpul bekalan menuju daerah barzakh sebelum menetap di kediaman kekal di Akhirat.

HIDUP SATU PERJUANGAN
HIDUP UNTUK MENCARI REDHA ILAHI
TAMBAH ILMU,AMAL DAN IMAN

~UTAMAKAN APA YANG LEBIH UTAMA~

SALAM PERJUANGAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com