"Sesungguhnya Dunia ITU Negeri Perantauan Dan Bukanlah Negeri Ketetapan. Adam Diturunkan Dari Syurga Ke Dunia Kerana Seksaan. Maka Takutilah Dunia ITU! (Hasan Al-Basri)
Islamic Widget


Rabu, 16 Jun 2010
Kumpulan Nama Buku Yang Terbahaya Hasil Karya Para Orientalis
Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian cuba diterjemah ke bahasa Arab…sehingga huruf ‘ain, terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan kebanyakan isi kandungannya dan mengeluarkan terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid , dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, ia kerana sedikit campur tangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan sempurna ke bahasa Arab siap dan diklan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.
Majalah ‘The Muslim World'
Shorter Encyclopedia Of Islam
Encyclopedia Of Religion and Ethics
Encyclopedia Of Social Sciences
Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold
Toynbee
Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
Al-Islam oleh Alfred Geom
Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson
Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
Al-Islam dlm Bahasa Perancis oleh Henry Lammens
Al-Islam dlm Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer
Islam Today oleh A.J Arberry
Translation of Quran oleh A.J Arberry
Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dlm bahasa German & Arab oleh Goldziher
Arabic History oleh Phllip Hitti
Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh
Qamus Al-Munjid
Berkata Dr Mustafa al-Jawad bahawa dikenal pasti lebih 324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah
(الطلقاء) , diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis tidak sempat menyemak hal ini)
Dan lain-lain kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.
Sumber:
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
SEUNTAI MADAH
Ya Allah..
bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..
Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..
Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..
Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..
Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..
Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..
Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..
Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..
Tutupilah hatiku dari cinta dunia..
Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)
Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..
Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..

DOA RABITAH
"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.
Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..
Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...

Text-Ads
MELODI JIWA
Create a playlist at MixPod.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan