Islamic Widget


Rabu, 16 Jun 2010

Mahabbah Cinta Kepada Nabi s.a.w


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha pemurah..

Terdapat dalam satu kisah di mana seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, “Siapakah engkau?” Makhluk itupun menjawab, “Akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itupun bertanya, ‘Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?” Makhluk itu menjawab, “Dengan membaca selawat Nabi S.A.W.”

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.”


Diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah berselawat kepada Nabi S.A.W. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi S.A.W. Baginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Mengapa engkau tidak memandangku?” Kata Rasulullah, “Kerana aku tidak kenal kamu.” Lelaki itu berkata, “Bagaimana engkau tidak mengenaliku? Aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah dan ibunya.” Rasulullah berkata, “ Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku.” Kemudia lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat 100 kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, Rasulullah berkata, “Sekarang aku telah mengenali engkau dan aku syafaati engkau.”


Iaitu kerana cinta kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W mengajak Kaab bin Asyraf beserta sahabatnya masuk Islam, mereka berkata, “Kami ini sebagai putera-putera Allah tentu kamu lebih menyintai Allah.” Kemudian Allah berfirman kepada nabi-Nya:


Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(surah Al-‘Imran : 31)


Tanda menyintai Allah S.W.T adalah mengikuti perintah-perintah-Nya, mendahulukan taat kepada-Nya, mencari redha-Nya. Adapun cinta Allah kepada hamba-Nya yang mukmin bererti memuji mereka, memberi pahala kepada mereka, mengampuni mereka, serta memberi nikmat kepada mereka dengan rahmat, penjagaan dan taufiq-Nya.


Barangsiapa mengakui 4 hal tanpa bukti empat hal, pengakuannya adalah dusta. Barangsiapa yang mengaku cinta syurga, namun tidak taat, jelas dia bohong. Siapa mengaku cinta Nabi S.A.W, namun tidak menyukai ulama dan fuqara’, maka pengakuannya tidak benar. Lalu barangsiapa mengaku takut akan Neraka, tetapi tidak meninggalkan maksiat, tanda dia dusta dan barangsiapa mengaku cinta kepada Allah S.W.T, padahal mereka mengeluh ketika ditimpa bala, maka pengakuannya adalah bohong.

Sebagaimana Rabi’ah pernah bersyair:

Engkau derhaka.
Tapi mengaku cinta pada-Nya.
Inilah keanehan zamanku.
Jika benar engkau cinta.
Tentulah mentaati-NYa selalu.
Pencinta akan taat pada kekasihnya!



Tanda mahabbah adalah mengikuti yang dicintai dan tidak akan menentangnya.


Diceritakan lagi bahawa ada sekumpulan orang datang kepada Asy syibli r.a. Dia berkata, “Siapa kalian?” Mereka menjawab, “Kamilah para pencinta tuan.” Dia menghadap kemudian ia melempari mereka dengan batu. Tentu saja mereka lari lintang-pukang. Lalu Asy Syibli berkata, “Mengapa engkau lari dariku? Jika benar engkau menyintaiku, tentunya tidak lari dari ujianku.” kemudian Asy Syibli berkata, “Ahli Mahabbah, mereka telah minum gelas cinta. Maka bumi dan negeri ini kelihatan sempit. Dan mereka sungguh makrifat kepada Allah. Mabuk dalam keagungan-Nya. Berlalu lalang dalam kekuasaan-Nya. Mereka senantiasa bermunajat kepada-Nya. “ Setelah itu Asy Syibli bersyair:

Kata cinta wahai Tuhanku.
Memabukkan.
Pernah Engkau lihat.
Kekasih sejati tidak mabuk kepayang
.



Dikatakan bahawa apabila unta sedang mabuk cinta maka dia tidak mahu makan sampai 40 hari. Kalau dibebankan dengan barang yang berlipat ganda, tetap dia akan bawa. Ketika hati dia asyik mengingat kekasihnya, maka dia tidak suka makan dan tidak berasa berat dimuati barang berlipat ganda. Itu demi cintanya. Jika demi cinta seekor unta mahu meninggalkan syahwatnya dan sanggup menanggung beban berat, adakah engkau telah meninggalkan syahwat yang diharamkan demi kerana Allah?? Sudahkah engkau meninggalkan makanan dan minuman kerana Allah? Apakah engkau telah sanggup memikul kebaikan itu,jika tidak maka pengakuanmu adalah kosong belaka. Ia tidak berguna sama ada di dunia mahupun di akhirat dan tidak berguna di sisi makhluk mahupun di sisi Khaliq.


Diceritakan dari Ali K.w.j, dia berkata,

“Barangsiapa merindukan Syurga, tentu akan cepat dan suka berbuat kebajikan. Barangsiapa takut kepada Neraka, tentu dia akan menahan nafsunya dari segala keinginan. Dan barangsiapa yakin akan mati, maka tidak begitu selera kepada kelazatan.”


Ibrahim al-Khawwas r.a pernah ditanya tentang ‘Mahabbah’. Lalu dia berkata,

“Mahabbah adalah menghapuskan segala kehendak, membakar semua sifat dan hajat serta menenggelamkan dari dalam lautan isyarat.”


~dipetik dari, PENENANG JIWA: PENGUBATAN DAN RAWATAN. JILID 1. TERJEMAHAN KITAB MUKASHAFAH AL-QULUB, IMAM AL-GHAZALI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com