Islamic Widget


Isnin, 5 Julai 2010

STUDY SEMULA..


Asalamualaikum wbt..

Ana kembali belajar di kolej.

Rindu suasana sebagai seorang pelajar..tak sabar rasa hati untuk memulakan semester 2.
(3-Julai-2010)
Tarikh ini ialah hari ana akan menaiki flight ke Kuala Lumpur.
--------------------------------------------
Kisah perjalanan balik ke kolej ana.

pada 3-Julai-2010 tu ayah ana hantar ana awal 2 jam ke airport Sandakan.

flight ana jam 10.45am.
Ana flight sendirian ke negeri yang memang asing pada ana.

Ana naik AIRASIA sahaja.jimat kos..
Bertolak jam10.45am dan tiba ke Kuala Lumpur(LCCT) jam2.00pm.

Alhamdulillah..penerbangan ana kali ini, ana dapat bertemu pelajar UPSI.
Jadi tidaklah merasa berseorangan..

Tetapi sampai kat Kuala Lumpur tu..ana kembali berseorangan.

Mesti ibu kat rumah risaukan ana..ana tak risau atau takut.
Kan Allah sentiasa di sisi kita.

Ana menaiki bas ke KL Central..di sana ana di jemput kawan kakak sepupu. Ka Husnah.
Ana sebenarnya niat nak stay rumah akak, tapi oleh kerana akak kursus.
Lagi pun ana tidak mahu menyusahkan orang lain.
Ana ada kemampuan untuk usaha cara lain.

Then..ana buat keputusan balik Pahang hari tu juga.
Lagipun sahabat ana dah ada kat asrama.

Ana bersyukur sekali lagi, dengan izin Allah ana dapat tiket bas untuk balik Pahang. jam5.00pm Ana tiba kat terminal tu jam3.30.

Syukur juga waktu ini, Allah bagi ana cuti dari solat. Ana berdiri dari jam3.30pm sampailah bas bertolak.Ana tak makan pun.
Sebab dalam hati, ana dah tidak sabar nak balik kolej.

Ana terpaksa turun kat terminal Bas Kuantan..sebab ana tidak berapa ingat kedudukan KPSAS.
Dari terminal Ana menaiki teksi berseorangan ke KIPSAS. Sampai jam8.30mlm.

Risau juga waktu itu..tapi ana serah pada Allah (tawakal). ana yakin!

Ya Allah..bermacam ujian dan peristiwa ana lalui hari itu.

Bila ana mengingat rentetatan peristiwa hari itu, memang seronok.
Teringat pula dengan pesanan guru ana, katanya "Pengalaman Itu Mendewasakan"
Pengalaman ini, menjadikan ana lebih berani.
-----------------------------------------------------------

InsyaAllah..
Semester 2 ini ana akan lebih fokus dan beristiqamah.

Pensyarah dan sahabat-sahabat ana pernah kata "Biar kita ada sikit sahaja ilmu, tapi kita amal dan beristiqamah. Lebih baik dari banyak ilmu, tapi tidak di amalkan"

Teringat waktu orentasi dulu..pensyarah ana tinggalkan satu ungkapan yang ana pegang sampai sekarang. InsyaAllah

Akal Hidup Dengan Ilmu,
Ilmu hidup Dengan Amal,
Amal hidup Dengan Ikhlas,

"Ya Allah..Didiklah aku disaat aku tidak mempunyai ilmu.
Ingatkanlah aku setelah aku mempunyai ilmu.
Ya Allah..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian dalam langkah menuju medan perjuanganku.
Jangan Engkau Tinggalkan aku keseorangan dalam aku mencari kebenaran.
Bantulah aku dalam melaksanakan apa yang Engkau perintahkan kepadaku..aku hanya melakukan dan mengotakan janji ku semampuku. Dan sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui. Engkau lah Tuhan Yang Esa dan Tiada tuhan melainkan Engkau(Allah swt)"

2 ulasan:

  1. salam wb..

    insyaAllah syirah dpt lakukan yg terbaik...

    salam mujahadah..

    BalasPadam
  2. Walaikumsalam wbt..

    Terima kasih ka Muslihah..

    Doakan syirah selalu..

    Salam mujahadah juga buat akak.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com