Islamic Widget


Isnin, 5 Julai 2010

TAHU VS FAHAM

Bismillah
Asalamualaikum wbt

Buat semua yang menginguti blog ana.
Khusus sahabat yang mengenali diri ini..dan amnya buat semua pelawat yang hormati.

Ana nak kita sama-sama fikirkan tajuk ana.

Tahu vs faham

Macam biasa dengar kan..
Malah kita rasa perkataan ini sama je maksud dan kegunaannya.
Setelah ana perhatikan dan kaji serta mendengar pendapat para ilmuan.

Orang yang tahu berbeza dengan orang yang faham.

Mari kita nilai diri kita sendiri melalui cerita yang ana bawa di bawah.


CERITA 1:


Daniel masih di ruang tamu tatkala lewat malam itu..sudah beberapa malam dia masuk tidur lambat kerana asyik menonton tv rancangan kegemarannya sehingga matanya semakin sembab, tak cukup tidur, malah kerana hal itu juga dia masuk ke pejabat dalam keadaan mengantuk sehingga menjejaskan tugas-tugasnya di pejabat. Lalu, berkatalah isterinya...

ISTERI : Abang, dah pukul berapa ni? Cepat lah masuk tidur, jangan la asyik tengok tv aje. Dah berapa kali abang terlewat bangun solat Subuh...

SUAMI : Ala...sekejap je, bukan selalu abang buat kerja macam ni. Nanti dah abis rancangan ni, abang masuk tidur la... Bukannya abang tinggalkan solat pun. Asalkan cukup 5 waktu sehari semalam, kira ok what...janji buat. Err..jangan lupa tolong kejutkan abang pukul 6.50 pagi ye. Nak solat Subuh nanti...

ISTERI : Baik bang... (lalu isterinya terasa senang hatinya, tersenyum bangga sambil berkata di dalam hati, Oh.. memang suamiku seorang yang baik agamanya & taat pada perintah Allah..memang dia tak pernah tinggal solat, cuma selalu lewat aje).
-------------------------------------
*****************************************************************************
CERITA 2 :

Musa sedang menyiapkan tugas2 akhirnya di tapak pembinaan sebuah taman perumahan yang akan dibuka tidak lama lagi. Asyik sungguh dia dan kawan2nya buat kerja. Dalam sibuk2 bekerja di akhir2 waktu itu, mata Musa tak lepas2 memandang pada jam tangannya..gayanya seperti risaukan sesuatu.

MUSA : MasyaAllah! Lagi 15 minit nak masuk waktu Zohor. Baik aku berenti dulu buat kerja ni. Nanti terlewat pulak takbiratul ula bersama imam. Lepas solat boleh sambung balik. Kawan2, jom kita bersiap pegi solat dulu.(pelawa Musa pada shbt2nya dengan penuh senyuman).

KAWAN-KAWAN : La...kau ni Musa...waktu Zohor kan belum masuk lagi. Lagipun masanya panjang. Alang2 tu, siapkan lah kerja ni dulu, tinggal sikiiiiiiiiit je lagi. Lps ni solat la...takde sape nak marah dah.Kerja ni pun ibadat juga. Nanti bos soal, apa kau nak jawab? Bila bekerja dengan bos ni perlu ada dedikasi dan tanggungjawab. Nanti kau dah dikira makan gaji buta...Kami tak mau makan gaji guna duit tak berkat!

MUSA : Takpe lah...kalau macam tu, biar saya jawab dengan bos nanti. Saya pergi dulu ya.(kata Musa dengan senyuman yg semakin tawar).

Lalu pergilah Musa bersiap-siap membersihkan diri dan berjalan ke masjid yang berhampiran yang jaraknya hanya lebih kurang 100 meter itu...membawa bersama dengan perasaan sedih serta penuh fikir risau dengan sikap kawan-kawannya itu. Bukan tidak pernah didakwahnya kepada sahabat2nya itu, malah setiap kali masuk waktu solat, tidak jemu2 dia memujuk mereka dengan penuh hikmah...Dan di malam hari Musa menangis2 dalam tahajudnya merayu-rayu pada Allah Taala spya dibukakan pintu hati sahabat2nya itu ke arah kebaikan, didoakan juga supaya diberikan kefahaman, taufiq & hidayat untuk umat seluruh alam...
-----------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah sahabat-sahabatku..
Tajuk entry ni macam nampak seperti sama sahaja maksudnya.Tetapi hakikatnya,perkataan ini adalah sangat berbeza.rang yang faham agama akan merasa sedih jika dia ketinggalan sesuatu amalan yang memperolehi banyak fadilatnya serta menjadi asbab kesukaan Allah. Berbanding pula dengan orang yang cuma tahu, tetapi dia tidak merasa sedih atas perbuatan2 yang selalu melalaikan dirinya drp mengingati Allah

Moga beroleh manfaat .
Jadilah umat Islam, yang hidupnya secara Islam.
**************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com