
Jumaat, 16/07/2010 – Keputusan penjajah Israel memenjarakan Syekh Raed Shalah menyemarakkan kemarahan penduduk Palestin dan wilayah Palestin jajahan ‘48, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Sebelumnya, Mahkamah Pusat Israel di Jerusalem mengeluarkan arahan hukuman penjara kepada Syekh Raed Shalah, ketua Gerakan Islam di Palestin ‘48 selama lima bulan bermula 25 Julai ini dan akan dihantar ke penjara Ramlah atau Ailon.
Wakil ketua gerakan Islam di wilayah Palestin ‘48, Kamal Al-Khatib menegaskan, hukuman ke atas Syekh Shalah sangat berkepentingan politik dan satu kezaliman yang bertujuan menghentikan peranan dan perjuangannya terhadap Al-Quds dan masjid Al-Aqsa.
Al-Khatib menegaskan, “terpenjaranya Syekh Raed Shalah tidak akan menghalang mereka meneruskan misi yang dibawa oleh beliau. Kami akan melanjutkan projek yang dimulakan beliau selama ini. Penjara tidak akan menghalangi mereka menunaikan kewajiban membela Al-Quds dan Al-Aqsa.”
sumber : COMES penterjemah : osman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan