Islamic Widget


Selasa, 24 Ogos 2010

BEBAS PALESTIN

LAGU TEMA PILIHANKU

~BEBAS PALESTIN~(Video & Lirik Lagu)


La Ila Ahilallah, Muhammadu Rasulullah
Hidup Mati Kerana Allah
Berjuang Fisabilillah..

(R1): Wahai Para Pejuang Maralah Kehadapan
Kerahkanlah Tenagamu & Juga Fikiran
Korbankanlah Hartamu Sekalipun Jiwa Raga
Berjuang Membebaskan Palestin Yang Tercinta
(ulang semula)

(R2): Wahai Para Pencinta Keadilan
Jangan Gentar Berjuang Bersama
Kezaliman Yang Bermaharajalela
Kita Gempur Hingga Ke Hujungnya

(R3): Ayuh Bersatu Demi Palestin
Bersama Kita Berjuang Untuk Palestin
Tak Kira Walau Di Ancam Senjata
Kerana Allah Kita Mara
(Ulang R1&R2)

Hentikanlah Penderitaan
Dan Juga Kezaliman
Kembalikanlah Keamanan Di Bumi Anbiys'
Berdoa Kepada Ilahi
Agar Palestin Akan Merdeka
Kekal Sentosa Selamanya
(Ulang R1 & R3)

Kerana Allah Kita Mara....(3X)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com