Islamic Widget


Isnin, 23 Ogos 2010

REALITI BUKAN ILUSI ATAU FANTASI

Asalamualaikum wbt..

Apa Khabar?khaifa halukum?

Sebelum saya mula..saya nak minta semua orang senyum dulu.

Apa khabar IMAN saat ini?Dan bagaimana ramadhan?

Hari ini 14 Ramadhan..ertinya kita dah tiba di pertengahan bulan ramadhan.


Awal Ramadhan RAHMAT...anda dapat tak rahmat di awal Ramadhan.
Tepuk dada tanya IMAN? kita dah sampai pertengahan Ramadhan ni.
Layakkah kita mendapat Keampunan ni,,jika tidak..Mari layakkan diri.
Dapatkannya..Allah sediakan semua ini untuk umat Islam..jangan lepaskannya kerana keegoan kita.

Gunakanlah bulan penuh barakah ini untuk menambah amal dan mencari redhaNya.


Seperti yang kita sedia maklum, IMAN manusia sentiasa turun naik.
Berdoalah agar diberi ketetapan IMAN dan hati..



MARI ANA NAK KONGSI SESUATU..

Cuba lihat pada titik pada kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pada
dinding kosong. Lihatlah keajaibannya. Cubalah berkali-kali! Subhanallah, rasa
sangat KAGUM dengan ilusi mata kurniaanNya ini :)

Cuba..Jangan Tak Cuba..

Mari buka minda...akuilah diri kita sebagai seorang hamba.

Sahabatku..serta saudara-saudaraku!!

Jadikanlah Ramadhan ini sebagai MEDAN kita memulakan peperangan dengan nafsu hamarah kita..tawanlah ia sebelum berakhirnya RAMADHAN.

Sahabat-sahabatku sekalian..

Mulakanlah langkahmu hari ini (dalam bulan Ramadhan)
Mulakan hidup yang lebih baik..
Mulakan langkah untuk berubah di bulan penuh barakah ini,,

Berubahlah..selagi kita masih ada masa..

Islam itu syumul..
Islam itu lengkap..
Islam itu mudah..

Bangga lah menjadi Umat Islam..

Jangan biarkan keegoan..
Serta kerakusan kita kepada dunia..
Kita menutup mata hati kita..

Kebahagian duniawi, yang hanya berteraskan nafsu..
Hanyala untuk seketika..

Kerana..
Kita semua pasti akan kembali kepadaNya.

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati..

PASTI..Tiada keraguan padanya.

Manusia diberi peluang untuk memilih..

Manusia semuanya tidak sempurna..
Tetapi berusahalah menjadi yang sempurna.
Dengan Islam..
Yang mana..menjanjikan kesempurnaan..
Islam menyempurnakan umat Islam.
Bukankah Islam itu syumul.

Kerana dengannya..
Kita mampu memiliki kebahagian dunia dan akhirat..

Oklah...
Cukup sampai di sini dulu untuk kali ini..

Pilihlah..
Menjadi Insan sempurna atau yang Hina..

Selagi kita hidup..kita mempunyai peluang kedua.

Sekali lagi..
PILIHLAH..

Diantara..

Manusia Beriman yang beruntung..
Atau menjadi manusia yang Kerugian..

JANGAN BIARKAN..
Anda menyesali pilihan yang anda sendiri pilih..

RENUNG DAN FIKIRKAN!!!

P/S : saya juga manusia akhir zaman..serba kekurangan.
Tapi saya ingin menjadi yang terbaik dari yang terbaik..
Demi Islam dan Allah swt..

Saya nak jadi insan berjaya dunia akhirat..
Saya nak kebahagian dunia dan akhirat..
InsyaAllah.....

Kerana itu saya berubah..

PILIHLAH..

Buka mata hatiMu..
Kamu akan mendapat jawapan..

Akhir kalam...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN PENUH BARAKAH

~Salam mujahadah~
::hidup mulia atau mati syahid::

NURSYAIRAH....(mulakan harimu dengan senyuman)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com