Islamic Widget


Selasa, 12 Oktober 2010

Kempen anti-Islam diterima di Austria

Sumber : berita harian.com

Parti Freedom raih undi terbesar pilihan raya


VIENNA: Parti berhaluan kanan menang undi terbesar dalam pilihan raya tempatan di Vienna kelmarin, dengan memperoleh sokongan terbanyak menerusi kempen anti-Islam.

Dengan hanya kertas undi pengundi tidak hadir yang perlu dikira, Parti Freedom yang antipendatang menang 27 peratus dan 28 kerusi dalam parlimen tempatan, meningkat daripada 13 kerusi.

Ia juga satu peningkatan besar daripada 14.8 peratus yang diperoleh dalam pilihan raya 2005 dan hampir mencapai rekod tertinggi mereka sebanyak 27.9 peratus, pada 2006, ketika mendiang Joerg Haider berada di tampuk kepemimpinan.

“Saya menghargai keyakinan rakyat kepada saya dan memahami tanggungjawab saya,” kata ketua Parti Free-dom, Heinz-Christian Strache.

Parti Sosial Demokrat memperoleh 44.2 peratus, jatuh daripada 49.1 peratus pada 2005. Ini bermakna dengan hanya 49 daripada 55 kerusi sebelum ini, parti berkenaan kehilangan majoriti dan kini terpaksa mencari rakan bagi membentuk kerajaan gabungan.

Keputusan itu memberi tamparan hebat kepada datuk bandar, Michael Haeupl, yang berharap partinya tidak perlu berkongsi kuasa.
Parti People, yang berhaluan tengah-kanan, juga mengalami kekalahan besar, jatuh daripada 18.8 peratus undi pada 2005 kepada 13.2 peratus atau 13 kerusi. Sebelum ini ia memegang 18 kerusi.

Parti Green mendapat tempat keempat dengan 12.2 peratus, atau 10 kerusi, jatuh daripada 14.6 peratus lima tahun lalu.

Lebih 1.1 juta pengundi Austria layak mengundi dalam pilihan raya di Vienna, dengan kira-kira 108,000 warga Kesatuan Eropah yang bukan rakyat Austria tetapi berdaftar di bandar raya berkenaan dibenarkan mengundi bagi memilih pemimpin ibu negeri 23 daerah.

Keputusan akhir akan hanya diketahui pada 18 Oktober, selepas kira-kira 155,000 kertas undi pengundi yang tidak hadir dikira. – AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com