Islamic Widget


Selasa, 12 Oktober 2010

Pelampau Yahudi rancang serang Al Aqsa setiap hari


Yayasan Wakaf dan Warisan Al Aqsa di wilayah jajahan 1948 mengingatkan tentang perancangan sekelompok pelampau Yahudi untuk melakukan berbagai operasi terhadap kepentingan kaum Muslimin, di antaranya adalah menyerbu masuk Masjid Al Aqsa pada setiap hari. Yayasan meminta warga Palestin di Al Quds dan wilayah jajahan 1948 supaya bersiap siaga dan terus menziarahi Masjid Al Aqsa.

Menurut siaran Infopalestina yang menerima sebuah kenyataan media pada hari Isnin 11 Oktober, Yayasan mengatakan sekelompok Yahudi melalui laman web mereka telah menyeru penyertaan ke konferens Yahudisasi Masjid Al Aqsa. Konferens yang bertemakan “Murid-murid Yahudi” itu akan diadakan pada hari Selasa di Salomo Al Quds.

Laman web berkenaan turut menyebut tentang acara Ma’madut – iaitu perancangan menyerangan Masjid Al Aqsa secara bersama-sama pada setiap hari.

Yayasan menekankan perlunya kaum muslimin bersiap-siaga di Masjid Al Aqsa dan berada di barisan hadapan untuk membela masjid yang suci itu dalam ketegangan seperti ini. (mn/InfoPalestina)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com