Islamic Widget


Khamis, 28 Oktober 2010

SALAM IMTIHAN

Bismillah..
Asalamualaikum wbt..
Salam jihad buat semua sahabat..
moga najah semua dengan izin Allah..tawaquf sebentar(betulkan niat)

teringat satu kata2 hikmat dari ibnu ‘Athoillah as-Sakandari :

من علامات النجح فى النهايات الرجوع الى الله فى البدايات

“Daripada tanda kejayaan seseorang itu pada akhir perjuangannya ialah dengan kembali (bermula dengan niat yang ikhlas dan tawakal) kepada Allah sejak mula perjuangannya”.


Barakallah

IMTIHAN DUNIA, EXAM AKHIRAT....

Belajar itu Ibadah, bekalan untuk Akhirat..

Moga musim imtihan ini mentarbiyah diri..
dan terus mendekatkan hati agar sentiasa taqarrub kepadaNya.

Dialah Al-A'lim, yang mengajarkan kita apa yang tidak kita tahu.

dan hanyalah orang2 yang berilmu [ulama'] sahaja akan takut kepada Tuhannya..

BITTAUFIK WANNAJAH..ilaina! Insyaallah..

Selamat Belajar kerana Allah.

::pemudi hizbi::

~mencari redha Allah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com