Islamic Widget


Jumaat, 3 Disember 2010

2 CINTA TIDAK AKAN BERSAMA

Bismillah..

Salam mujahadah dan ukhuwah..

Syukur ke hadrat Ilahi..dengan izin dan hinayahnya kita masih dapat menimati nikmat hidup.
Dan bagi orang-orang yang beriman, harus bersyukur di kurniakan nikmat Iman dan Islam..Dan jauhi sikap riak.


Para pengunjung blog...
Ana ingin berkongsi sedikit..tentang dua cinta yang tidak akan bersama.
Kita perlu memilih diantara dua cinta tersebut.

Cinta-cinta inilah menentukan jalan hidup seseorang insan.. dan cinta inilah yang membezakan nilai moral Insan itu..
Mari kita sama-sama fikirkan..

"DUA CINTA YANG TIDAK MUNGKIN BERSAMA"



Cinta Allah vs Cinta Maksiat
Cinta Jihad vs Cinta Kehidupan
Cinta Pengorbanan vs Cinta Kekayaan
Cinta Kebenaran vs Cinta Kepimpinan
Cinta Perdamaian vs Cinta Balas Dendam
Cinta Gerakan Perbaikan vs Cinta Kerehatan
Cinta Perjuangan vs Cinta Kesenangan
Cinta Keadilan vs Cinta Kezaliman
Cinta Kebaikan vs Cinta Penipuan







Dua cinta yang tidak akan pernah bertemu, kerana di antara dua cinta ini sering berlaku percanggahan, saling bertelagah dan saling berpaling antara satu sama lain. Dua cinta yang punya nilai berbeza itu tidak akan mungkin bersatu.Dan jika salah satu cinta itu masih ada dalam diri setiap insan, maka seorang hamba itu masih ada perasaan bongkak dan angkuh didalam dirinya. Setiap insan itu punya fitrah beragama, untuk kembali kepada agamanya, Islam.

Saya tidak minta anda semua untuk terus berubah, tetapi saya hanya minta anda pandang diri anda seketika. Renung dalam-dalam keikhlasan hati kita.
Beramallah kerana Allah.

Sahabatku..
Allah merindui hamba-hambaNya..
Yang sentiasa mengingatiNya..

Biar Diri Tak Sehebat Para Sahabat,
Biar Diri Tak Setabah Para Isteri Rasulullah,
Biar Diri Tak Setanding Para Syuhadah..
Cukuplah Dirimu Mengenal Penciptamu..
Mengenal Erti Kehidupan,
Mengenal Erti Kehambaan,
Mengenal Erti Ketaatan,
Mengenal Erti Persahabatan & Persaudaraan,
Mengenal Erti Perjuangan,
Dan Engkau Tahu...
Apa Yang Engkau Perjuangkan..

Jadikan Al-Quran Panduan,
Sunnah Sebagai Ikutan,
Dan...
Syahid Cita-cita Tertinggimu..


Wallahu a'lam..
Jom Muhasabah Diri!!
::SYIRAH::



Andai engkau sedar yang engkau kini mencari cinta yang SALAH, berpalinglah dan kembalilah ke jalan yang benar. Allah ada. Allah itu sentiasa memerhatikanmu, saudaraku, sahabatku. Andai engkau kini semakin tahu jalan yang engkau tuju sebenarnya membinasakan, berubahlah mencari kembali jalan yang lurus. Kerana DIA ada di setiap kembara mencari nur kasih-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com