Islamic Widget


Selasa, 28 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU!!!!

Bismillah..

Mungkin dah agak terlewat untuk mengucapkan salam MAAL HIJRAH..

SELAMAT TAHUN BARU!!


Mungkin ada yang rasa pelik membaca tajuk entry ni..pada saya setiap awal muharram itu adalah tahun baru buat umat Islam.

BANGGALAH MENJADI UMAT ISLAM..

Lakaran sejarah..telah membuktikan Umat Islam adalah umat yang gemilang.
Jika kita buka semula lembaran sejarah.
Rasiah kegemilangan UMAT ISLAM waktu itu adalah ..
"Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan"
"Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang"

Lirik lagu "Adakah Kau Lupa"
Marilah saudaraku..kembali kepada Islam
Semua kerana Allah swt.
____________________________________________________

Ini lagu nasyid yang berkaitan dengan Maal Hijrah

Lirik Lagu 1 Muharram – Al-Ajiba

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

____________________________________

Lirik Lagu Maal Hijrah – Nadamurni II

Maal Hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari di tindas

Di tengah malam Rosul berjalan
Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Tsur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa

Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah islam dari kekejaman
Terus berkembang mebena sebuah empayar

Hijrah rosul suatu hikmah
Dunia yang kelam bertukar cerah
Segala kekejaman kini lenyaplah sudah
Tenda agama islam peroleh kemenangan
Hijrah rosul mari renungkan

Ambillah ia menjadi panduan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com