Islamic Widget


Ahad, 26 Disember 2010

BOLA SEPAK!!! Malaysia menang 3-0

Asalamualaikum wbt..


Ana bukan seorang fanatik atau penggemar bola sepak..Hanya mengikuti perkembangan dunia dan negara. Kalau bukan kita ambil tahu tentang negara kita,siapa lagikan..
Lagi pun semalam..budak lelaki dan perempuan kat kolej ana beriuh rendah ketika menonton perlawanan Malaysia bertemu dengan Indonesia.

Persoalan Salahkah Meminati sukan Bola sepak?
Tidak salah..cuma ada beberapa perkara yang ingin ana kongsikan.

Dah menjadi asam garam. Bola Sepak menjadi kegilaan ramai yang sukar untuk disekat. Bola sepak asalnya dari China yang mula diperkenalkan dalam kerajaan Dinasti Tsin (255-206 SM) dalam versi yang berbeza yang dikenali sebagai Tsu’ Chu. Ia kemudiannya diperkenalkan dalam bentuk yang sekarang ini di England sejak 1170 M. Kaki bola seluruh dunia sanggup berhabisan kerana bola sepak. Peminat bola sepak lebih dominan berbanding sukan-sukan lain di dunia. Menurut pakar psikologi, manusia memang suka kepada benda yang berbentuk bulat. Bayi dan kanak-kanak akan suka bermain dengan sesuatu yang mudah bergolek berbanding benda berbentuk lain. Malah, jika menghadapi tekanan kita disarankan memegang bola, guli atau seumpamanya untuk menghilangkan tekanan tersebut. Dengan tabiat manusia ini, tidak hairan sukan bola sepak digemari di seluruh dunia.

Dewasa ini, ana melihat fanatik bola sepak sanggup bersengkang mata serta menghabiskan wang ringgit hanya untuk bola sepak.

DIMANA SALAHNYA MEMINATI BOLA SEPAK INI..

Adakah kesalahan itu di sebabkan kefanatikan kepada bola sepak??..terus membaca anda akan faham!

Dewasa ini, di antara pasukan bola sepak yang menguasai liga dunia ialah negara-negara Amerika Latin seperti Itali, Sepanyol, Belanda, Argentina, Jerman, Perancis dan Brazil. Selain itu, ada hero bola sepak dari negara eropah yang tidak kurang hebatnya seperti Portugal dan England.

Jika dilihat hero-hero bola sepak ini, hampir kesemuanya adalah negara yang memusuhi Islam. Tetapi fanatik yang terdiri dari umat Islam seolah-olah lupa dengan segala tragedi silam. Memang Islam menyarankan kita memaafkan kesalahan orang. Tetapi jangan lupa hadis Rasulullah tentang 5 musuh utama umat Islam (orang yang beriman Kepada Allah dan Nabi Muhammad).hadis dan huraiannya akan ana post di entri yang akan datang.

Sedikit imbasan zaman silam. Sejarah bukanlah sebuah kisah lampau yang harus dilupakan. Jika sejarah tidak penting, bagaimana hampir 99% sejarah dijadikan aspek atau subjek penting di mana-mana isntitusi pekerjaan atau pendidikan di dunia ini.
Setiap perkara akan diteliti aspek sejarahnya. Maka bagaimana mungkin kita boleh melupakan sejarah yang begitu penting yang telah merubah dasar pimpinan dan iklim politik dunia yang sekaligus merangkumi segala aspek kehidupan kita termasuk ekonomi, sosial dan hatta sukan sekalipun.

Sejarah silam yang tidak mungkin dapat dipadam mahupun dilupakan..semua telah terjadi. Kita harus ambil tahu kerana sejarahnya berkesinambungan dengan kita, negara kita dan paling utama agama Islam. Perancis atau Sepanyol(juara world cup 2010)..patutkah kerana minat pada bola kita menyokong negara yang memusuhi Islam.lupakah umat Islam "Sejarah Constantinople"..kelicikan Ratu Isabella, kerana membenci Islam, serta betapa sukarnya para sahabat menentang kerajaan Rom dan Parsi (di Era Kegemilangan Islam). Perancis, kerana merekalah kerajaan Islam lenyap di Sepanyol selain kerana masalah umat Islam sendiri dan kerjasama dengan kerajaan Sepanyol. Kerajaan Sepanyol dan Perancis dengan liciknya menjarah sedikit demi sedikit bumi Islam hingga akhirnya keseluruhan bumi Andalusia menjadi milik Kristian. Mereka tidak pernah kesal dengan melakukan kezaliman membunuh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak yang belum kenal dosa, malah ia dianggap satu kejayaan Renconquista yang harus diraikan dan diraikan hingga kini. Mampukah aku melupakan begitu sahaja, hingga kini pun jika mereka punyai peluang, Islam tetap akan dihina meskipun tanpa asas. Lihatlah apa yang berlaku kepada Zinedine Zidane, tidak semena-mena dikatakan pengganas.

Mungkin tidaklah terlalu kejam atau kasar jika saya menyatakan fanatik beragama Islam itu bukannya lupa sejarah ini tetapi tidak tahu(jahil sejarah)..rasanya ni kali pertama mendengar nama sejarah ini. Ana pun mengetahui kisah ini setelah mengkaji sejarah dan banyak membaca buku sejarah. Bukan nak mengutuk kerajaan, inilah kelemahan sistem pengajaran di Malaysia. Tidak mengutamakan apa yang lebih utama. Inilah sebabnya pendidikan di Maaysia berada di tahap paling rendah.
Dan mungkin para fanatik Asia lupa kejahatan Belanda dan Portugal ke atas bumi Nusantara, mereka tidak pernah kesal dan tidak pun memohon maaf di atas kekejaman mereka kepada nenek moyang kita.(lupakah anda)
Di Itali, zaman empayar Rom amat dikenali sebagai kejam dan ganas. Pelbagai keganasan dilakukan untuk menghukum pesalah demi untuk keseronokan. Lihat sendiri sukan gladiator yang didakwa muncul pada zaman tamadun Rom. Ia boleh dikatakan bertamadun jika mampu membina Colosseum, namun sebagai bertamadun untuk gladiator, sukar diterima. Ketika zaman pertengahan, Islam mula berkembang hingga ke Itali dan Sicily ketika empayar Rom mula lemah. Kerajaan Kristian kemudiannya telah menghalau dan melenyapkan umat Islam di Itali serentak dengan Reconquista. Umat Islam yang kebanyakan tiba di Itali pada awal abad ke-9 hampir lenyap, sehingga tinggal sisa sahaja di Sicily. Pada abad ke-19, barulah umat Islam terutama dari selatan bermigran kembali ke Itali. Berbeza dengan Islam, jika mendiami sesuatu kawasan, kerajaan Islam akan mengajak mereka menerima Islam dengan cara baik, atau tinggal sebagai zimmi. Orang kafir tidak akan dihalau selagi mematuhi undang-undang negara.

Menyokong Belanda! Bagaimana harus kulupakan kejahatan mereka menghina Islam dalam soal karikatur Nabi Muhammad, filem-filem anti-Islam yang masih diteruskan dan kes Natrah, meskipun boleh memaafkan mereka kerana penjajahan mereka dahulu, walaupun mereka tidak pernah meminta maaf, malah terus menjajah dan menjarah dalam bentuk baru. Sehinggakan apabila ada usaha untuk memboikot barang keluaran Belanda, ia sama sekali tidak mampu kita lakukan, seolah-olah kita akan mati kebuluran atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jerman pula secara terang-terangan memusuhi Islam. Umat Islam di Jerman pernah dilihat sebagai membangkitkan xenophobia dan racisme sehinggakan jumlahnya menyusut selepas Perang Dunia Kedua. Pemakaian tudung dilarang di seluruh sekolah dan universiti meskipun tiada undang-undang khusus berkenaannya. Namun kerana usaha pertubuhan Islam di sana, perkara tersebut dapat diselesaikan. Selepas 11 September 2001, keadaan masyarakat Islam lebih buruk kerana terpaksa menerima tuduhan sebagai pengganas meskipun tiada bukti kukuh. Racisme kepada Muslim terus berlangsung, lihat sahaja pada kes Marwa el-Sherbini yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya di mahkamah Jerman. Lucunya kempen bola sepak Piala Dunia kali ini mempamerkan motto ‘NO RACISM’, sedangkan hakikatnya racisme yang wujud pada bangsa-bangsa Eropah dan Amerika lah yang sukar dipadam, terutama sekali racisme bercorak keagamaan. Itulah mungkin agaknya kempen itu untuk mereka.

Negara-negara lain yang menjadi hero bola sepak selain Amerika Latin juga ada sejarahnya dan kesinambungannya dengan kita. Portugal dan England juga adalah bekas penjajah, cuma mungkin England lebih baik bagi kita kerana mereka memberikan kemerdekaan dan masih bernaung di bawah Komanwel, selain membantu membentuk undang-undang sivil di sini. Amerika (AS), tidak perlu diperkatakan lagi. Banyaknya kehidupan kita sekarang ini bergantung daripada produk mereka dan produk sekutunya. Politik dunia dikawal olehnya. Malah musuh Islam, Israel juga mendapat sokongan daripadanya. Lebih malang lagi pelbagai produk Israel tanpa kita sedari kita gunakan dari masa ke masa. Contohnya, hampir keseluruhan sistem perbankan kita mengikut sistem perbankan Yahudi yang disokong oleh AS. Oleh itu sesiapa yang terlibat membuat pinjaman dengan bank, termasuk aku sendiri, menyokong Yahudi dan menggunakan produknya. Apakan daya kita, tiada pilihan. Pengalaman sendiri, meskipun dikatakan menggunakan sistem Islam, ribanya menggunung. Pinjam RM40k, bayar balik RM100k, entah mana Islamnya tak tahulah. Orang susah akan terus terhimpit. Begitulah berjayanya Yahudi dengan kapitalismenya yang disokong AS. Itu belum masuk lagi sistem pemasaran multi-level yang makin menular sekarang ini sehingga sukar untuk disekat.

Adakah demi bola serta alasan semangat kesukanan, kita sanggup menutup telinga dan mata dengan kekejaman mereka pada kita dan umat Islam. Tidakkah perbuatan itu seperti mengkhianati agama sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN!!!!!!!!!

Malah ana juga pernah mendengar 'Bola SEPAK' ini dikaitkan dengan "Perang KARBALA"..tetapi belum mendapat kesahihan hal sebenar. masih di dalam pencarian.
Di kala tersepit begini, ana ingin sahaja bertemu dengan sejarahwan-sejarahwan Islam agar ana mengetahui cerita lebih lanjut tentang perkaitannya. Serta meminta pandangan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com