Islamic Widget


Isnin, 31 Mei 2010

DUNIA LIHAT: Israel Serang Kapal Bantuan Ke Gaza








Tanggal 31.mei.2010..

Hari ini, berita telah sampai kepada saya dan dunia bahawa Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan bawah kelolaan projek Lifeline4Gaza telah diserang oleh askar zionis pada jam 10.30pagi Malaysia 65km dari pantai Gaza, 31hb Mei 2010. Memburukkan keadaan, sekurang-kurangnya 16 aktivis telah terbunuh manakala 30 orang pula tercedera. Tetapi menurut media Israel, 20 orang maut.

Tadi pagi saya berdoa agar kapal itu selamat tiba di Gaza. Tapi seperti kita maklum, pihak Israel pasti akan menghalang segala bantuan daripada sampai ke Gaza.

-------
DUNIA BUKA MATAMU...

Apa salah bantuan kemanusiaan itu? Adakah mereka membawa senjata? Apa salah orang yang terbunuh? Apa silap orang yang tercedera?

Dunia, saya hari ini saya ingin sekali lagi mendengar suara-suara kamu.

Dulu kamu bersuara ketika serangan berani mati dari pejuang Intifadah. Kamu menuduh Islam sebagai pengganas. Malah umat Islam sendiri bersuara tentang perbuatan berani mati itu. Pejuang Intifadah yang sanggup mengebom diri mereka, menyerang pihak musuh yang telah merobek maruah dan menghancurkan negara mereka. Yang melakukan mereka seperti binatang, di bunuh dengan sewenang-wenangnya.

Hari ini kamu menyaksikan sendiri kejadian yang melampau dari pihak Israel. Dimana suara yang kamu guna dulu dengan alasan inginkan keamanan dan menghapuskan pengganas.

----------

ITU KAPAL PENYELAMAT, BUKAN KAPAL PERANG

Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.

Kapal-kapal itu bergerak untuk merentas Gaza, kerana rasa kemanusiaan yang tinggi untuk membantu saudara-saudara seagama yang kesempitan dikepung dalam tembok kematian. Sungguh keimanan telah menjana ukhuwwah merentas sempadan sebagaimana yang Islam ajarkan. Mereka membawa bantuan-bantuan kemanusiaan yang diperlukan oleh penduduk Gaza. Bukan bantuan ketenteraan.

Kapal-kapal itu, di dalamnya hanya terdapat manusia-manusia yang ikhlas. Saya membaca satu penyataan menyatakan bahawa di dalamnya yang paling muda adalah berumur kurang dari setahun, manakala yang paling tua ada yang melebihi 80 tahun. Semuanya dengan ikhlas menyabung nyawa untuk membantu saudara-saudara yang ditinggalkan. Ditinggalkan Mesir, ditinggalkan Jordan, ditinggalkan Arab Saudi, ditinggalkan Syria, ditinggalkan Lubnan yang berada di sekelilingnya.

Kapal-kapal itu, di dalamnya tiada tentera. Hanya rakyat biasa yang mempunyai kefahaman dan rasa kemanusiaan yang melangkaui manusia yang hanya inginkan dunia dan kemewahan.

Tetapi kapal-kapal itu diserang hingga menyebabkan ada yang terbunuh dan tercedera.

Apakah tidak kau melihat kepada mereka?

Oh dunia, tidakkah kau melihat pada mereka? Negara yang bernama Israel itu dan apa yang telah mereka lakukan?

Dimana suara lantang yang sering didengar mahu menghapuskan keganasan. Dimana suara yang akan membuat demontrasi, jika hak mereka diperlekehkan.

Negaraku Malaysia, dimana suara yang sering memberi hujah ketika pilihan raya berlansung? Dimana suara yang mempersoalkan pembunuhan remaja oleh polis? Dimana suara kemanusian ketika melihat bayi-bayi tidak bersalah dibuang? Saat ini suara itu lebih di perlukan.

-------

YAHUDI LAKNATULLAH

Setiap kali orang menyatakan ungkapan itu, kamu memarahi mereka. Wahai insan yang menyatakan Israel Zionis juga manusia. Yang pernah berkata kepada saya bahawa Israel juga ada hak untuk mempertahankan dirinya. Yang pernah mengherdik saya menyatakan bahawa Israel juga ada hak asasi mereka. Yang pernah memarahi saya menyatakan bahawa Israel tidak patut diganggu dan sepatutnya berdamai sahaja dengan mereka. Yang menyatakan permusuhan mereka tidak ada kena mengena dengan kita. Yang ingin mendapat nasihat keselamatan dari mereka. Yang ingin bekerja sama dengan mereka.

Saya ingin kamu melihat apa yang berlaku hari ini. Israel Zionis yang kamu pertahankan itu yang menyerang kapal-kapal kebaikan hari ini. Yang di dalam kapal itu tidak mempunyai bala tentera untuk mempertahankan diri. Yang di dalam kapal itu tidak mempunyai senjata untuk digunakan apatah lagi diberi kepada mujahidin. Yang di dalam kapal itu hanya penuh dengan bantuan kemanusiaan berbentuk keperluan penting buat yang tersepit.

Israel Zionis yang kamu pertahankan itu, tidak segan silu terang-terangan menyerang kapal kebaikan itu. Lihatlah bagaimana mereka berkelakuan. Lihatlah bagaimana mereka membuat perhitungan. Mereka menasihati agar jangan masuk campur. Lihatlah bagaimana mereka beradab dengan kebaikan.

Apakah perkara tidak baik dengan hantaran bantuan kemanusian itu? Kenapa mereka tidak senang pihak Gaza mendapat bantuan?

Bukalah matamu DUNIA..Lihatlah betapa kejamnya mereka dengan mata akal kamu yang waras.

Inilah sebabnya Mujahidin Palestin hingga sampai perlu mengebom diri mereka dalam menentang mereka. Sungguh, mereka(Israel) itu gila tanpa jiwa. Inilah sebabnya tiada perjanjian damai lagi buat mereka. Kerana bukan tidak pernah ada perjanjian damai, tapi setiap kali pun mereka pasti mengingkarinya. Menyerang secara senyap. Membunuh dan menyembelih serta memperkosa warga Palestine tanpa rasa belas.

Cuba fikir jika kamu diperlakukan dengan sedemikian rupa, pasti kamu juga akan melakukan tindakan yang sama dilakukan oleh mujahidin Palestin.

-------

PEMUSUHAN YANG TIDAK AKAN BERAKHIR

Wahai umat Islam,

Lupakah kamu dengan kenyataan yang diberi dari Allah swt.

(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” Surah Al-Baqarah ayat 75.

“Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman. Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” Surah Al-Baqarah ayat 89.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Surah Al-Baqarah ayat 120.

Permusuhan yang tidak ada akhirnya..

----------------

Kejadian hari ini adalah salah kamu

Kenapa Israel berani lakukan apa yang mereka lakukan hari ini?

Sebab selama ini dunia menutup mata dan membiarkan mereka. Sebab selama ini dunia menyokong dan terus menyokong agenda mereka. Dunia membutakan mata, memekakkan telinga, menyembunyikan tangan, dan berdiam diri sahaja.

Islam tidak diambil sebagai kehidupan. Palestina kamu pandang sebagai negara lain. Kamu tunduk pada kehidupan sekutu Israel. Kamu biarkan jiwa kamu terbius, kamu lepaskan anak-anak kamu juga turut terbius. Kamu pimpin negara kamu dalam tatacara hidup mereka melahirkan rakyat-rakyat yang juga terbius.

Salah kamu. Salah kamu. Salah kamu.

Sebab itu hari ini, mereka tidak segan lagi terang-terangan menyerang.

Mereka menyerang seawal jam 4.30 pagi. Mereka MENEMBAK insan yang berniat baik dengan sesuka mereka.

Ya, itulah dia. Seakan-akan Israel berkata dengan lantang: “Kami tidak kisah. Sebab apa pun yang kami lakukan, dunia tetap akan menyokong kami dan berdiam diri”

Oh kamu. Apa yang telah kamu lakukan? Tidakkah Allah sudah berfirman:

“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya,” Surah Al-Anfal ayat 72.

“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya(membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)” Hadith yang ke-35 dalam Hadith 40 An-Nawawi. Hadith riwayat Muslim.

--------- BANGUNLAH DUNIA

Wahai DUNIA.. saya memohon dan amat berharap agar kamu bersuara.

Sungguh, saya akan terluka dan terkilan kepada mereka yang tidak menghiraukan perkara ini walau sudah terjadi keadaan seperti hari ini. Saya terluka kepada mereka yang masih mengambil kehidupan musuh Allah sebagai peraturan hidup. Saya terluka kepada mereka yang masih mencanangkan bahawa Israel adalah manusia yang ada hak asasinya.

Ini yang Israel lakukan, pada saat dunia semuanya sedang menyaksikan konvoi itu secara langsung. Ini yang Israel lakukan, walau konvoi itu diperhatikan secara LIVE melalui internet.

Bagaimana agaknya yang Israel lakukan terhadap penduduk Gaza, yang terputus dari dunia luar?

Kalau selepas ini akal kamu masih tertutup, maka ketahuilah bahawa kamu tergolong kalangan manusia-manusia yang hancur.

Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” Surah Al-Anfal ayat 73.

Penutup: Ini beza antara kita

Berdiam diri, atau melakukan sesuatu.

Inilah dia beza antara kita. Yang membezakan orang-orang yang benar keimanannya atau yang hanya berdusta.

“Habis, apa yang boleh saya lakukan?” Mungkin itu yang anda tanyakan.

Macam-macam. Khas untuk konvoi, kita boleh solat hajat dan berdoa. Untuk perjuangan ini, kita boleh mula dengan ubah diri kita dan ajak manusia lain kembali kepada Allah.

Masalah Palestina bukan masalah kenegaraan. Masalah Palestina adalah masalah ummah. Perhatikan sejarah. Palestina hanya mampu aman apabila ummah berada dalam kondisinya yang terbaik. Zaman Saidina Umar dan zaman Salahuddin Al-Ayubi, kamu kajilah ummahnya bagaimana. Palestina hanya menderita, pada zaman ummah rosak dan berpecah belah. Selaklah sejarah, hari-hari Palestina ditawan semula dari tangan orang Islam dan bagaimana kondisi ummah ketika itu.

Ada yang berjuang mempertahankan Palestina dengan senjata. Mereka yang berada di dalam Palestina sendiri tidak henti-henti merawat jiwa-jiwa di sana. Ada pula yang berjuang seperti yang berada di atas Marmara Mavi, yang menyertai konvoi-konvoi keselamatan. Dan ada pula yang berjuang dari luar Palestina dengan merawat jiwa-jiwa ummah yang tercedera dengan jahiliyyah.

Tetapi berdiam diri, tidak termasuk salah satu daripadanya.

Sungguh, ini beza antara kita.

Yang membezakan orang-orang yang duduk ketakutan, dengan orang-orang yang berdiri dengan yakin penuh keberanian.

“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nisa’ ayat 95-96.

P/S: Mungkin kamu hanya melihat saya sebagai insan yang hanya pandai berkata di dalam blog.. tapi saya tidak kisah apa yang kamu hendak kata tentang saya. Saya akui saya hanya nsan kerdil dan hina. Tapi kesemarakan semangat ini hadir kerana kecintaan kepada agama dan semangat persaudaraan serta sifat kemanusian yang patut ada pada setiap manusia. **Janji saya telah bersuara..walau tidak didengar dunia..tapi satu ketika nanti, bila masanya telah tiba saya tidak hanya bersuara di dalam blog. Saya pasti pada janji Allah.

~Hidup untuk mencari Redha Ilahi~



Antara negara yang lantang,Turki,Iran,Libya.
Pemimpin2 mereka spt Erdogan,Ahmadinejad,Muammar Ghadaffi amat saya kagumi..
Mereka berani..

Malaysia bila lagi? 8->

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com