Islamic Widget


Isnin, 31 Mei 2010

Polis Israel Dakwa Aktivis Flotilla Di Hantar Ke Penjara


31 Mei, Baitulmuqaddis – Polis Israel mengatakan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang telah di serang pada awal pagi Isnin lalu telah dihantar ke penjara selepas konfrontasi yang menyayatkan berlaku di perairan laut antarabangsa. Puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal.

Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld mengatakan para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberi butir pengenalalan diri.

Komando Tentera Laut Israel telah menghentikan armada enam kapal tersebut pada awal pagi Isnin, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 meninggal dunia dan puluhan cedera.

Israel mengatakan akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada tersebut. Tetapi orang-orang yang menolak untuk bekerjasama akan dipenjara. Sekitar 80 aktivis telah dibawa ke pantai setakat ini. (AP / Haaretz / HP)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com