
BISMILLAH..
Teringat lagi sebelum tu, ana cemburu dengan mereka.
Cemburu biasanya dikatakan sebagai perasaan yang negatif.
Tetapi saya ada membaca satu pepatah dalam sebuah website arab. Pepatah itu berbunyi: “Cemburu itu adalah cinta”
Saya tersenyum. Hakikatnya, cemburu adalah perasaan. Yang menjadikan cemburu itu negatif atau tidak adalah manusia itu sendiri. Sama ada cemburunya bertukar menjadi hasad, atau cemburunya bertukar menjadi ghibtah. Hasad adalah perasaan kita yang inginkan nikmat itu hilang pada orang yang kita cemburui. Manakala ghibtah adalah perasaan bahawa kita berhajat ingin mendapatkan yang lebih baik dari orang yang kita cemburui tanpa berharap bahawa nikmat yang ada padanya itu hilang.
Dan saya harap, cemburu yang ada pada saya sekarang adalah satu ghibtah.
Kepada siapa saya cemburu?
Kepada mereka yang sedang berada di atas lautan sekarang dalam misi Lifeline4gaza.
----------
Saat mereka di tengah lautan..ana hanya mengikuti perkembangan melalui internet.
Serangan tersebut membuat ana tergamam seketika di depan laptop.. Allah sahaja mendengar rintihan hatiku..Cemas dan risau sangat.
Mungkin ana tidak tidak mengenal mereka secara rapat..tetapi ana mengenal mereka sebagai pejuang yang amat hebat..mereka memang sedia maklum.. ke Palestin ertinya mereka mempertaruhkan nyawa mereka.
Menyertai konvoi Lifeline4Gaza, tidak cukup hanya dengan semangat. Hendak melaksanakan misi yang besar ini, mestilah diiringi dengan keimanan dan keyakinan yang kuat. Hubungan dengan Allah pastilah menjadi aset utama dalam menjana kekuatan.
Meninggalkan keluarga tersayang menerjah Gaza yang menjadi medan perang. Meninggalkan segala harta benda, kerjaya dan pelajaran untuk menghadapi satu masa hadapan yang peratusan besarnya adalah kematian. Gaza yang dikepung Zionis yang telah terbbukti di dalam sejarah merupakan musuh Allah SWT dan tidak pernah teragak-agak untuk melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Islam.
Benda ini, yang mereka lakukan ini, bukanlah benda yang boleh dilakukan dengan semangat.
Mungkin sahaja kita sekarang boleh berkata: “Ana kalau boleh, hajat juga nak ikut” Kita boleh kata kerana kita sekarang tidak mengikuti mereka. Bagaimana jika kita sekarang berada di atas kapal bersama mereka?
Ana yakin kita tidak setenang yang kita sangka.
Menyaksikan semua ini, rasa diri ana sangat kerdil.
Sungguh, ana cemburu.
“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai ‘uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,(yaitu) beberapa derajat dari pada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Surah An-Nisa’ ayat 95-96.
.jpg)
Apa telah ANA lakukan? Belajar. Bagaimana ANA belajar? Sungguh-sungguhkah? Menulis menyebar dakwah. Sudah sampai ke ekstensi mana ANA sungguh-sungguh menulis menyebar dakwah?
Apa yang sedang ANA lakukan? Sejauh mana masa telah saya gunakan sebaiknya?
Ibadah, sebagus mana ibadah ANA?
Bagaimana kehidupan ANA? Apakah sudah di dalam Islam sepenuhnya atau masih mengambil jahiliyyah lagi?
Semua itu ANA persoalkan dan akhirnya ANA melihat bahawa diri ANA masih jauh hendak dibandingkan mereka yang sedang terapung untuk merempuh tembok kematian Gaza itu. Itulah dia mereka yang berada di atas medan.
Apakah ANA telah berusaha menjadi seperti mereka jika ANA mahu kata bahawa ANA juga berada di atas medan cuma tempat sahaja berbeza? Dan cara saha berbeza?
Adakah ANA telah bersungguh-sungguh untuk hidup atas kebenaran? Atas Islam?
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, samada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu).” Surah Saba’ ayat 46.
------------------
ANA terfikir..apa yang ANA lakukan sekarang ini seikhlas merekakah. Beruntungnya mereka, hinggah mencapai syahid.
Mereka berusaha mendapatkan syurga..
Siapalah ana nak dibandingkan dengan mereka..
Maka hari ini, ANA semat dalam jiwa ANA untuk menjadi lebih bersungguh-sungguh dan memperbaiki lagi kehidupan ANA agar mencapai tahap yang Allah benar-benar redha. ANA ingin, walaupun ANA tiada di atas Kapal Marmara Mavi memberikan bantuan kepada Gaza, ANA tetap merupakan manusia yang berada di atas muka bumi Allah memberikan bantuan kepada semua manusia dalam kembali kepada Allah SWT.
Berjuang bersama mereka.

~BERJUANG UTK REDHA ILAHI~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan