Islamic Widget


Jumaat, 11 Jun 2010

ARTIKEL PETIKAN: Anda Sedang Membantu YAHUDI !


Jangan katakan ‘mane ade saya tolong YAHUDI ?’ Andalah pembantu mereka ! Tidakkah anda membaca berita seorang isteri dibelasah sehingga mati oleh suaminya gara-gara cemburu ? Kejadian yang menyayat hati itu berlaku di Kg.Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang petang Ahad lalu dipercayai akibat tindakan mangsa Rosmawati Abd Rahman "curang dan bermain kayu tiga". Malah, suaminya bertambah panas hati apabila melihat mangsa asyik berbual-bual menggunakan telefon bimbit dengan lelaki terbabit. Menurut sumber, mangsa dikatakan sudah berhubung dengan lelaki terbabit sebelum kejadian itu lagi, malah suaminya sudah banyak mengumpul bukti kukuh kecurangan isternya termasuk menyimpan segala surat-surat dan dokumen yang berkaitan. Dalam kes ini, siapakah yang harus dipersalahkan?. Memang benar si suami mengambil tindakan nekad dengan memukul dan mencederakan isternya. Namun apakah beliau terfikir apa yang dilakukan itu boleh menyebabkan kehilangan nyawa, sedangkan dia tahu itu adalah isterinya. Mana-mana lelaki yang berada dalam situasi ini sudah pasti akan marah apabila melihat "jantan lain" berhubung dengan isterinya. Kejadian ini berlaku di mana-mana sebenarnya. Cuma banyak yang tidak dihebahkan di dalam media mungkin dek kerana tidak sampai ke peringkat yang lebih buruk. Apakah puncanya?. Bukankah ini menunjukkan bahawa betapa runtuhnya institusi keluarga di negara kita. Isteri berhubung dengan lelaki lain dan suami pula mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?. Mutahkir ini juga umum mengetahui bahawa kecurangan dan keterlanjuran itu banyak berlaku akibat tindakan isteri yang gagal mengawal diri mereka sendiri.

Inilah realiti ! Kewujudan begitu banyak laman sembang sosial seperti Facebook, Twitter, Tagged, Myspace, Hi5, eKawan, Friendster dan sebagainya telah menjurus ke arah keruntuhan institusi kekeluarga itu sendiri. Agenda Yahudi begitu jelas telah berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah umat Islam hingga ia gagal dibendung sama sekali. Maka akibat rasa kekosongan dan kesunyian, si isteri akhirnya berhubung dengan lelaki lain. Malah, lelaki yang sudah beristeri pun tergamak berhubung dengan isteri orang atas dasar kononnya mengubat kesunyian dan kesepian. Akhirnya masing-masing bertukar nombor telefon dan meleret hingga kepada berbual dan SMS. Inilah yang menyebabkan berlaku keruntuhan yang amat mendadak kepada umat Islam di negara ini bahkan di seluruh dunia. Oleh itu, kita tidak hairan bila berlaku adik angkat abang angkat dikalangan orang yang sudah bergelar suami isteri. Malah lebih dari itu, suami orang berjumpa isteri orang hingga membawa kepada perbuatan zina dan sebagainya. Inilah yang menjadi masalah yang sukar untuk dibendung jika keimanan itu tidak ditanam dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Langkah terbaik ialah kembali kepada Islam, itu sahaja jalan terakhir untuk kita perjuangkan. Selagi UMNO BN terus berkuasa, maka selagi itulah gejala sosial dan segala macam aktiviti maksiat akan terus disuburkan di negara kita ini.
Justeru, penulis ingin menasihatkan kepada SEMUA pembaca supaya dapat menghindari dari terlibat dengan agen perosak YAHUDI ini. Iye, anda boleh memberi seribu satu kebaikan laman sosial tersebut, tetapi keburukan daripadanya juga amat banyak jika mahu dihitung. Pernahkah anda mendengar satu kaedah Fiqh “ Apabila bercampur antara kebaikan dan keburukan dalam sesuatu perkara, nescaya keburukan akan mengatasi kebaikan”. Ingat ! setiap kali anda menglog in fb anda setiap kali itulah anda menyumbang keburukan kepada agama.
Kalau bukan anda yang berubah, siapa lagi ? Tepuk dada tanya Iman ! Sekian
P/S : ANA membawa artikel ini untuk membawa para pembaca yang di hormati untuk bersama merenung artikel ini..moga beroleh manfaat..fikir-fikirkan!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com