Islamic Widget


Jumaat, 11 Jun 2010

MAAFKAN SAYA...!!!

Bismillah..

Salam ukhuwah dari ana.

Sebelum itu mari kita mulakan dengan tawaquf (membetulkan niat)..
InsyaAllah..

Bitaufiq wannajjah..
untuk sahabat dan diri ini..
serta semua yang membaca blog ini..

Moga kalian sihat dengan izin Allah swt..

Marilah kita bersama mengucapkan Alhamdulillah, tanda syukur kita kepada Allah.
yang masih mengizinkan kita terus merasai nikmat hidup.

Sebelum itu..izinkan saya mengungkapkan bicara hati..
Buat semua yang telah saya sakiti..dengan sengaja atau tidak sengaja.
MAAFKAN SAYA..

Buat sahabat yang saya kasihi..maafkan saya.
Dirimu sentiasa dalam doaku..moga kau bahagia. :)


Ana ingin membawa para pembaca muhasabah diri seketika..

Ungkapan 'Maafkan Saya'

Ana ingin berkongsi pandangan tentang ungkapan ini..ungkapan ini ringkas sahaja.
Tetapi kesannya besar..jika kita fikir secara logiknya.

Kerana Ana tahu ada sesetengah orang susah untuk mengungkapkan ucapan ini..
Mereka merasakan yang mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk mengungkapkan ucapan ini.

Dan ada pula sesetengah orang terlalu mudah mengungkapkan ucapan ini..tanpa memahami makna yang tersirat dari ungkapan ini.

Mari sama melihat diri kita..kita jenis yang mana satu?

Saya bawakan pandangan makna tersirat tentang ungkapan ini..

Ana juga baru memahaminya..
rupanya makna tersirat dari ungkapan ini ialah janji yang kita lafaz secara tidak lansung.

Kerana kita melafazkan ungkapan ini setelah kita melakukan kesalahan, dengan ungkapan ini kita telah berjanji tidak akan mengulangi kesilapan kita lagi.

Selain itu, ungkapan ini juga boleh menyejukkan hati orang yang tengah marah. dan dapat mengelak dari pergaduhan yang berpanjangan.

Nampaknya banyak kesan yang baik dari ungkapan ini..
Jadi marilah kita latih mulut kita untuk mudah meminta maaf.

Ingatlah kita ini insan..tidak akan lari dari membuat kesilapan.
Seringlah memohon kemaafan pada semua orang.

Dan sentiasalah memohon maaf kepada Yang Maha Esa..
Kerana manusia tidak pernah lepas dari melakukan dosa..


P/S : sahabat yang telah saya sakiti..saya tidak berniat pun.
Saya faham jika kamu sukar memaafkan..

Maafkan saya..
Diri ini hanyala insan lemah..
Mungkin diri ini tidak layak bergelar sahabat..

Tapi kerana nasihatmu,
ana kan usaha berubah menjadi insan yang layak bergelar
'SAHABAT'
DIRIMU AKAN SENTIASA DLM DOAKU

Persahabatan itu tidak akan terputus, kecuali dengan maut.
Kamu sentiasa menjadi sahabat saya. :)

~Perkenalan denganmu Akan Menjadi Kenangan paling Indah Buat diri ini~

::Terima Kasih untuk segalanya::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com