
18 Jun 2010/6 REJAB 1431H
Pagi ini ana dah janji nak joging dengan Seorang sahabat yang baru ana kenali..
Ka M** ni kira orang baru di kawasan kami..
Perkenalan kami adalah satu kebetulan yang telah di atur oleh pencipta, melalui seorang sahabat ana..Hebatkan Allah..
Macam dalam artikel ana tentang ukhuwah Fillah sebelum ni..(KLIK UNTUK BACA UKHUWAH FILLAH)
Ukhuwah adalah roh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang beriman apabila ia kehendaki agar mereka (sahabat,teman dan apa2 perhubungan antara sesama insan) dekat dan bersatu. Rahsia-rahsia ini lahir dari hati-hati mereka bila diizinkan Allah seperti firman Allah yang bermaksud dalam surah al-Anfal ayat 63:
"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
-----------------
Kisah Lucu..
Kami janji nak jumpa jam7 pagi..nak joging kat taman Memorial Park.
Ana datang awal sikit..
"Apasal taman tidak buka lagi ni"cetusku dalam hati.
Ya Allah, ana lupa taman tu buka jam8.
Ana mengambil keputusan untuk ke Taman sebelah..niat tu harap terserempak dengan sahabat yang ana janji nak jumpa tu.
First time jumpa..
(kat kawasan rumah ana)
Ana pun ceritalah kisah-kisah kawasan perumahan kami (Kisah Taman Memorial Park dan cerita lama tentang kawasan perumahan ana). Macam pemandu pelancong pula ana ni..
Yelah ka Muslihah kan kira orang baru kat sini..
Kawasan ana..bolehla cerita kisah yang ana tahu.
Dalam 7minit kemudian, kami pun tibalah di taman sebelah.
Oleh kerana perjalanan 7minit tu dah agak jauh..kami tidak jadi joging hanya sekadar jalan-jalan.
Seperti biasa, aktiviti paling disukai ramai. ambil gambar :)
Bermula episod yang boleh ana katakan lucu dan suspent..
Kami duduk dan borak-borak di satu pondok yang disediakan.
Tetiba datang seorang pacik, rasanya pekerja yang menjaga taman rekreasi ni.
Dia duduk di kerusi di pondok tempat kami rehat itu dengan slumbernya..
Mula tu berbaik sangka je.
Kemudian dia keluarkan rokok..Ana lihat ka Mus mula tidak selesa, ana pun rasa tidak selesa.
Taklah pelik sangat..cuma ana rasa pelik.
Pacik tu hulur tangan hendak bersalaman dengan ana..
Ya Allah..
Ana sekadar senyum dan terus berlalu dengan ka M** untuk balik.
Ya Allah..tulah kisah lucu yang..
Akan menjadi memori ana dan ka Mus.
--------------------
Belum pun sampai sehari perkenalan kami..alhamdulillah kami dah agak serasi.
Ya Allah..ukhuwah darimu memang indah.
Kenangan indah..
menghabiskan masa di rumah ka Muslihah.
Ka muslihah hadiahkan ana buku..'WANITA SOLEHAH ZAMAN RASULULLAH S.A.W'
Syukran ka..moga ukhuwah kita berkekalan.
Salam Mujahadah buat semua pembaca..
Ana sayang semua kawan,teman dan sahabat ana.
Tanpa kamu..ana tidak akan menjadi diri ana yang sekarang.
Hadirmu sahabat..
menjadi penyeri hidupku,
penguat semangatku.
Tegurlah aku jika aku lari dari landasan..
Dan
Mari kita pecahkannya..
dengan kasih sayang,
Semua kerana Allah.
Salam Ukhuwah..buat semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan