Islamic Widget


Khamis, 13 Mei 2010

UKHUWAH FILLAH?? 8->


Imbasan Memori: Manisnya ukuwwah


“Perjuangan itu meletihkan sebab itu ia tidak dipandang, perjuangan itu memeritkan sebab itu ia tidak ditandang, perjuangan memerlukan pengorbanan sebab itu ramai yang tidak berkenan.” Kata-kata ini tiba-tiba sahaja muncul di minda ana, seolah-olah memberi amaran kepada diri ini bahawa perjuangan itu amat pahit dan pedih. Justeru, ia amat memerlukan persediaan yang rapi di samping kesabaran dan istiqamah. Akan tetapi satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan apabila kita berada dalam perjuangan ialah kemanisan ukhuwwah yang menjadi antara perencah penting dalam membina kekuatan diri.

Fikiran ana terkenangkan keindahan ukhuwwah yang kini ana kecapi sepanjang perjuangan di usia setahun jagung ini. Sudah menjadi tabiat kehidupan, kadang-kadang kita berselisih pendapat, malah sampai menaikkan suara demi mempertahankan pendapat sendiri. Semuanya kerana sayangnya kita kepada Islam. Tanpa disedari, itu merupakan elemen yang penting dalam pembinaan bahtera ukhuwwah. Malah mengukuhkan sebuah persahabatan.

Ukhuwah adalah roh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang beriman apabila ia kehendaki agar mereka (sahabat,teman dan apa2 perhubungan antara sesama insan) dekat dan bersatu. Rahsia-rahsia ini lahir dari hati-hati mereka bila diizinkan Allah seperti firman Allah yang bermaksud dalam surah al-Anfal ayat 63:
"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Ukhuwah merupakan nikmat suci yang menyinari hati yang diredhai Allah dan diiringi dengan keimanan. Nikmat ini akan kita rasai jika kita benar-benar bersahabat secara ikhlas dan dilandasi dengan keimanan. Ana tak boleh bagi gambaran dengan jelas, tetapi rasanya kata-kata ini boleh difahami bagi orang yang tahu nikmatnya ukhuwah ini. Ukhuwah ini hadirnya dari hati, kerana hati kita yang akan memilih shbt yang satu jiwa dgn kita.. biasa dengar tak ungkapan ini..'dua hati, satu jiwa'. Perasan tidak kita selalu kata, kita nak kawan satu kepala..susah berkawan dengan orang yang tak faham kita. Jom fahami..
Contohnya bila kita baru berjumpa kali pertama, kita akan memerlukan pengenalan atau suai kenal (ta'aruf), dan dalam beberapa saat sahaja boleh dipenuhi dengan perasaan serasi. Hebatkan ukhuwah ini. Jaringan rahsia ini akan-akan menguasai hati orang mukmin yang tidak pernah berkenalan sebelumnya, ikatan ukhuwah fillah ini amat hebat, ia memberi kesan yang mendalam malah membina satu ikatan persahabatan yang kuat dalam hati yang tak mungkin digugat oleh orang lain. Tapi berbeza pula jika ukhuwah yang dibina tanpa keimanan hanya merupakan pertemuan kerana kepentingan sesuatu dan saling bertukar budi, pandangan dan pendapat sahaja.
Oleh itu sahabat-sahabat, fahami erti persahabatan yang sebenar. Binalah persahabatan atas dasar keimanan dan ukhuwah fillah. InsyaAllah persahabatan kita akan sentiasa di bawah redha Allah.
Izinkan ana berkongsi madah yang pernah saya terbaca sebelum ni, mengenai persahabatan..

Sahabat
Seberapa pantas untuk kau kutunggu
Sebagai teman kala perjuangan
Mungkin saja jasad berjauhan
Mungkin saja mata tak kelihatan
Mungkin saja suara tak kudengarkan
Namun hati seteguh batu
Rasa berdekatan dengan roh keimanan

Bangganya
Hanya kau tempat ku andalkan
Segala kelemahan dalam berjuang
Tika putus asa semakin hampir
Kau mengingatkanku kehadiran Tuhan
Allah yang Maha Pengasih
Allah yang Maha Penyayang
Ku adukan kepadamu
PERJUANGAN INI PAHIT
Kau balas ucapanku
BUKANKAH CINTA ALLAH ITU MANIS?

Tenangnya
Hanya kau yang pantas kehadapan
Bila Permasalahan mengamit kehiduppan
Tiada kau lari meninggalkan teman
Tika sakit kau ziarahi
Tika duka kau tenangi
Tika gembira kau senangi
Tika papa kau sokongi
Tika kaya kau ingati
Bila berjuang kau gagah mempertahan
Segala badai dan rintangan
Kau dihadapan membuka jalan
Memudahkanku teman

Kasih kita
Berdasarkan iman bertiang takwa
Rasa ukhuwah merasuk jiwa
Bila kita akan bertemu?
Hanya tunggu izin ILLAHI
Untuk berjumpa melepaskan rindu
Meyapa pipi tanda sayang
Bersalaman tanda kasih

Alangkah indahnya
Jika ukhuwah ini kekal selamanya
Membawa kita ketaman syurga
Meminggir kita neraka yang menyeksakan
Dengan jiwa dan setulus kalbuku
Moga impian kita jadi kenyataan
Untuk mati sebagai syuhadah
Selagi ikatan tetap dihati
Jalinan hasil didikan langit
Jauh dari hasad dengki
Membuai Jiwa penuh perhati

Lafaz UHIBBUKI FILLAH
Sebagai janji
Semoga kutemu lagi
Jika tidak bertemu di disini
Moga ketemu di taman syurga
Dengan keizinNya..

"Masya Allah..Itulah janji sahabat dunia akhirat..Memimpin kita menuju kepada Allah.
Carilah sahabat, yang mana bila bersamanya sentiasa mengingatkan kita tentang ALLAH..Bila berjauhan membuat kita berasa indah tawakkal terhadap Allah.."

Marilah sama2 kita berdoa agar dikurniakan ukhuwah fillah yang berpanjangan:

"Ya Allah, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ni telah bergumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban(amanah) dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan melaksanakan syari'atMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkan hati-hati ini akan jalanMu (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak akan malap. Lapangkan hati-hati ini dengan ilmu al-Quran dan As-Sunnah yang boleh menjadi hujjah mempertahankan agamaMu, serta limpahan iman dan keyakinan agar terus kuat dalam perjuangan ini hingga ke akhirnya..jadikan setip yang kami lakukan adalah semata-mata keranaMu."

Mari kita sedekahkan surah al-Fatihah untuk sahabat kita dan pejuang Islam yang telah pergi dahulu meninggalkan kita..

SALAM PERJUANGAN...

~by hand~
شأيره

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com