Islamic Widget


Ahad, 13 Jun 2010

WANITA DAN FITNAH

1-REJAB-1431 Hijriah

Asalamualaikum wbt..

Buat sahabat yang di sayangi dan para pengunjung blog ana..

Moga kamu sihat selalu..
Mari bersama muhasabah diri..dan tawaquf(membetulkan niat)..
InsyaAllah..

--------------------------------------------------------------------

WANITA DAN FITNAH

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari)

Mari saudaraku..bagaimana wanita itu menjadi fitnah di dunia.

Persoalannya sekarang..Sejauh mana saudara dan saudari memahami apa yang di makduskan dengan fitnah?(mari menggempur minda kita..)

Harap para pembaca mencari maksud fitnah dan memahami apa sebenarnya fitnah..
Selamat mencari..

Sambung semula topik yang ana bawakan..bedasarkan hadis di atas Rasulullah telah mengingatkan umatnya, wanita menjadi fitnah kepada lelaki.
Mari ikuti artikel yang ana bawakan di bawah.

----------------------------------------------------

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

----------------------------------------------------------

Lihat betapa bahayanya fitnah wanita..

Sanggupkah kita menarik ayahanda yang telah bersusah payah membesarkan kita..
Tidak kesiankah pada abang dan adik lelaki kita..kerana kita mereka juga di seksa di NERAKA.
Mana bukti cinta kita pada suami kita..
Dimana kasihnya ibu pada seorang anak..

Muslimah janganlah memilih untuk menjadi fitnah dunia.
Selagi Allah meminjamkan nafas kepada kita..ertinya
Kita masih mampu berubah....jadilah insan yang baik.
Mari bersama menjadi wanita solehah.

Ana menyeru kepada semua yang bergelar wanita..juga buat muslimin.

Marila kita sentiasa saling ingat-mengingati..
Kerana kita adalah bersaudara.kita juga bakal ibu dan bapa..bakal pemimpin..
bakal pendidik..kita adalah penerus generasi.

Mari lahirkan generasi syahadatian..generasi acuhan al-Quran.
Agar menjadi AR-RIJAL dan NISSA yang diperlukan dalam perjuangan Islam..

Paling utama..
kita adalah penyambung dakwah dan perjuangan Rasulullah s.a.w.

Akhir Kalam..

Sambutlah tangan ini..
Mari bersama mencari cinta Ilahi..
mencapai cinta hakiki dan abadi..

Ketaqwaan ialah sumber kebahagian yang patut kita semua miliki..

Ana juga insan lemah dan dhaif..
Tapi ana berubah kerana Ana PERCAYA.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT".

Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(QS. Al-Imran: 133-134).

HANYA PERCAYA!!mudahkan

PERCAYALAH PADA JANJI ALLAH..

::Tepuk Dada Tanya Iman...tambah ilmu,amal,dan iman::

by hand~syirah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com