Islamic Widget


Ahad, 13 Jun 2010

KEMBALILAH



Sahabatku,
Aku bersyukur mengenalimu..
Buruk baikku kauterima..
Biar dibuang, dihina…kau tetap di sisi…
Sehala, sefikrah…
Biar pandangan kita sering berbeza…
Kita saling menghormati,

Sahabatku,
Rasanya bagai semalam kumengenalmu,
Kesungguhanmu terserlah mahu membina objek dakwah,
Senyumanmu mekar bak da'ie yang makin meningkat usianya,
Gerakanmu searus putaran roda dakwah,
Sapaanmu kuingat layaknya seorang murobbi..

Kau insan yang kukenal seorang yang tabah,
Terus berjuang tanpa mengenal lelah,
Kreatifnya engkau masya Allah,
Adanya engkau terus selesai masalah..

Kau pernah menasihatiku,
Kau pernah mengajarkanku,
kau pernah membimbingku,
Bahkan kau selalu menegur aku..

Kau seorang super master-mind,
Pandai menganalisis dan juga merancang,
Pandanganmu jauh kehadapan,
Hingga kuyakin kau mesti menang..

Tapi...
Mengapa kau harus berubah!
Seolah-olah tidak pernah kukenal dirimu,
Kita bagaikan langit dengan bumi,
Tidak lagi seperti dulu..

Sahabatku,
Maafkan diriku..
Kerana aku tidak memahami dirimu,
Sepertimana kau memahami diriku,
Mungkin kerana aku tidak sehebatmu..

Cerita tentangmu sukar kuterima,
Kutolak dan kusangkal dengan penuh tanda tanya,
Kepercayaanku padamu semakin pudar,
Kenapa??
Mungkin aku belum cukup mengenali dirimu,
Andai masa boleh kuputar,
Pasti ku takkan benarkan perkara ini berlaku padamu
Tidakku mahu dirimu begini..


Ya sahabatku,
Masih belum terlambat untukmu kembali,
Pejalanan baru saja hendak bermula..
Kembalilah..
Hentikan tangisanku ini,
Walau kita tidak semesra dulu,
Kau tetap sahabatku,
Moga kasih kita bertemu di Syurga,
Sebagai syahid di jalan Allah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com