
YA RABBI
Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu
Seorang lelaki yg mempunyai sekeping hati yg sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung kekasihMu
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi sentiasa menasihati ketika aku berbuat salah
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna Dan aku memohon ya ALLAH..
Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintaiMu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,berikn kepadaku tangan supya aku mampu berdoa untuknya,kurniakn aku mulut yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat kepadanya AMIN YA RABBAL ALAMIN
MasyaAllah akak, tersentuh baca doa & bait2 ayat nii.. Renungan untuk kaum adam & bakal zauj dr Zaujah yg bakal menempuh alam perkahwinan... insyaAllah... Akak, mohon izin utk copy entry ni blh?
BalasPadamCopy je..
BalasPadamAkak belum ada calon lagi..tapi jodoh telah Allah tentukan. Maka mintalah jodoh yang baik-baik. InsyaAllah!
ingat "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik-baik, Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik-baik. Lelaki yang buruk untuk perempuan yang buruk, dan perempuan yang buruk untuk lelaki yang buruk"
Jika kita ingin orang yang baik, maka kita kenalah berubah menjadi insan yang lebih baik.
Tapi ingat..kita sebagai wanita jangan mencari, percayalah pada janji Allah. Kerana jodoh itu rahsia Allah.
Dan Allah pasti memberi yang terbaik dan sepadan untuk kita..
Jangan terlalu mengharap pada seseorang..letaklah cinta kita hanya untuk Allah. Dan cintailah seseorang itu kerana Allah.
Doakan akak..
Moga kita dibawah rahmat Ilahi.
Syukran Kak bg copy...
BalasPadamInsyaAllah kak, mudah2an jodoh kita dari kalangan yang terbaik antara terbaik.. Mudah2an juga kita dapat menjadi yang terbaik antara terbaik...
Indah sungguh menjadi seorang wanita/isteri yg solehah, didampingi suami yg soleh.. MasyaAllah..
Mudah2an doa kita bersama dimakbulkan Allah SWT.. InsyaAllah.. =)