Islamic Widget


Khamis, 15 Julai 2010

DOA BUAT BAKAL ZAUJ


YA RABBI
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan Kau pilih menjadi sebahagian daripada hidupku

Berilah aku,
Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau

Seorang Lelaki yang menjadikan Perjuangan sebagai isteri pertamanya

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu

Seorang lelaki yg mempunyai sekeping hati yg sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung kekasihMu

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi sentiasa menasihati ketika aku berbuat salah

Seorang lelaki yang akan mendidik diriku menjadi seorang muslimah

Seorang lelaki yang akan menguatkan lagi agama di dalam hatiku

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi

Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya

Seorang lelaki yang bercita-cita untuk syahid

Seorang Lelaki yang sentiasa menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w

Seorang lelaki yang memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna Dan aku memohon ya ALLAH..

Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintaiMu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,berikn kepadaku tangan supya aku mampu berdoa untuknya,kurniakn aku mulut yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat kepadanya AMIN YA RABBAL ALAMIN


Bukan harta yang ku perlukan.. bukan keturunan yang menjadi keutamaan.. bukan paras rupa yang ku idamkan.. tetapi kefasihan agama dan semangat juangmu dalam menegakkan kalimatul Haq itu yang kudambakan.. itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, dirimu dan zuriat pewaris ketauhidan Islam dalam mengEsakan ALLAH yang satu..Diriku ibarat rusuk nan rapuh & bengkok, perlu berhati-hati utk meluruskanya. Lantaran itu, jgnlah kau hadir utk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki, jgn juga mengugut dgn paruh berbisa. Hadirlah dgn setulus semangat di hati, bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri. Diriku TIDAKlah.. sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Khadijah, setabah Fatimah.. aku hanya wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah.

3 ulasan:

  1. MasyaAllah akak, tersentuh baca doa & bait2 ayat nii.. Renungan untuk kaum adam & bakal zauj dr Zaujah yg bakal menempuh alam perkahwinan... insyaAllah... Akak, mohon izin utk copy entry ni blh?

    BalasPadam
  2. Copy je..

    Akak belum ada calon lagi..tapi jodoh telah Allah tentukan. Maka mintalah jodoh yang baik-baik. InsyaAllah!

    ingat "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik-baik, Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik-baik. Lelaki yang buruk untuk perempuan yang buruk, dan perempuan yang buruk untuk lelaki yang buruk"

    Jika kita ingin orang yang baik, maka kita kenalah berubah menjadi insan yang lebih baik.

    Tapi ingat..kita sebagai wanita jangan mencari, percayalah pada janji Allah. Kerana jodoh itu rahsia Allah.

    Dan Allah pasti memberi yang terbaik dan sepadan untuk kita..

    Jangan terlalu mengharap pada seseorang..letaklah cinta kita hanya untuk Allah. Dan cintailah seseorang itu kerana Allah.

    Doakan akak..

    Moga kita dibawah rahmat Ilahi.

    BalasPadam
  3. Syukran Kak bg copy...

    InsyaAllah kak, mudah2an jodoh kita dari kalangan yang terbaik antara terbaik.. Mudah2an juga kita dapat menjadi yang terbaik antara terbaik...

    Indah sungguh menjadi seorang wanita/isteri yg solehah, didampingi suami yg soleh.. MasyaAllah..

    Mudah2an doa kita bersama dimakbulkan Allah SWT.. InsyaAllah.. =)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com