
Perubahan yang dipaksakan ke atas kita kita dalah suatu yang amat menyeksakan, kerana kita terjebak dengan suatu keadaan yang tidak disangka-sangka. Contohnya pekerja yang tiba-tiba diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi. Jika beliau tidak cukup bersedia, maka kesan perubahan (tanpa pekerjaan) pastinya amat besar. Tekanan emosi dan perasaan pasti menyesakkan dada terutama jika dia menghadapi masalah hutang piutang dan orang yang menjadi sumber kewangan sesebuah keluarga. Dikhabarkan tidak kurang yang membunuh diri kerana tekanan ini, atau mendapatkan rawatan pesakit jiwa kerana krisis tersebut. Inilah perkara yang boleh berlaku jika kita tidak bersedia menerima perubahan secara tiba-tiba, atau "perubahan yang dipaksakan".
Justeru bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku, orang yang mendukung perubahan (agen perubahan) perlulah merancang beberapa proses perubahan yang boleh diterima oleh masyarakat. Bagi individu atau saya lebih fokuskan remaja, seharusnya kita kena sentiasa bersedia menerima perubahan, dengan sentiasa peka dengan isu semasa. Malah membuka minda dan yakin diri kita seorang yang fleksible. Dan juga pemikiran kita mestilah proaktif dan kalau boleh boleh merancang perubahan untuk membantu rakan-rakan kita.
Keadaan ini akan jadi lebih indah jika kita proaktif dengan menjadi perancang dan penjana perubahan. Berapa ramai tokoh-tokoh yang muncul sepanjang sejarah adalah orang yang merancang perubahan. Semua para Nabi dan Rasul, terutama Rasulullah s.a.w merupakan mereka yang merancang dan melaksanakan perubahan dalam masyarakat. mejoriti tokoh serta pemimpin yang dikenang dalam sejarah ialah kerana perubahan yang mereka lakukan.
Oleh sebab itu, umat Islam perlu kembali menjadi umat yang merancang perubahan, bukan sekadar menerima perubahan. Inilah rahsia keagungan generasi awal Islam, semasa zaman Rasulullah, khulafa al-Rashidin, dan Khalifah Islam selepas mereka. Mereka adalah generasi yang menciptakan perubahan, merancang dan melaksanakannya, bukan hanya berserah kepada perubahan yang dipaksakan.
Kebangkitan semula Islam perlu dirancang. Perubahan Islam yang ingin dilaksanakan pada hari ini juga perlu perancangan. Kita perlu menjadi arus yang merubah masyarakat bukan buih yang dihanyutkan arus. Organisasi yang berjaya merancang perubahan, akan dapat penguruskan perubahan dan kehidupannya lebih baik dan berjaya. Marilah kita sedia berubah, dan apa yang lebih penting ialah merancang perubahan yang kita inginkan. Jangan biarkan diri kita dipaksa menerima perubahan yang tidak diinginkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan