Islamic Widget


Khamis, 13 Mei 2010

SEDARKAH KITA??

SEDARKAH KITA (KIAMAT SEMAKIN HAMPIR)


Renung-renungkan..artikel ini adalah daripada sahabat ana(muslimah yer) :-).walaupun dia jauh diperantauan..bila kami YM dia tidak akan lupa memberi pesanan berguna buat ana.. moga hubungan kami berkekalan dunia akhirat.


ana namakan persahabatan kami ini..'persahabatan dua marhalah'(boleh jadi tajuk novel)

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kpda makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki brkahwin dgn lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kpda perempuan (lesbian) semakin menjadi2

10. Perempuan menguasai lelaki dgn memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dgn kasar, manakala musuh diberi layanan baik. kwn disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi org yg mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan solat, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan byk brlaku kecurian barang masjid yg brharga.

15. Ramai yg sembahyang tetapi munafik dan brpura-pura. Di dlm solat brjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar solat melanggar perintahNya,

16. Akan dtg golongan manusia dari Barat menguasai mereka yg lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga org alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah bnyk penyanyi wanita (wanita yg tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

dalam sebuah hadis lain, yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"tidak akan tiba hari kiamat itu hingga ada dua golongan besar saling bunuh membunuh. antara keduanya itu berlakulah peperangan yang besar. yang mana dakwah kedua2nya adalah satu. dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga sehingga banyak kaum dajjal yang pendusta yang bilangannya hampir 30 orang, semuanya mengaku yang dirinya adalah Rasulullah. dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga ilmu pengetahuan itu dicabutkan, dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga banyak terjadi gempa bumi, masa sudah menjadi dekat, banyak timbul fitnah, banyak berlaku pembunuhan, banyak pula harta sampai melimpah ruah sehingga orang yang punya harta itu susah mencari orang yang boleh menerima sedekahnya, dan sehingga ia pergi kesana sini untuk menawarkan hartanya. tetapi tidak ada orang yang mahu menerimanya, dimana orang yang ditawarkan harta itu berkata: "aku tidak memerlukan harta lagi". dan tidak akan tiba hari kiamat sehingga manusia bermegah2 dalam bangunan yang menjulang tinggi. dan sehingga manusia itu melalui kubur seorang yang lain, lalu berkata: "alangkah baik jika aku dahulu ditempatkan ditempatnya" . dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga matahari terbit dari arah terbenamnya. maka apabila matahari telah terbit dari tempat terbenamnya, dan manusia sudah banyak yang mengetahuinya, maka mereka itupun berimanlah semuanya, padahal dalam keadaan yang demikian keimanan seseorang itu tidak berguna lagi buat dirinya, yang mana dahulunya mereka itu tidak pernah beriman dan tidak melakukan kebaikan dalam keimanannya. dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba disaat dua orang sedang mempamerkan pakaiannya untuk diniagakan, tetapi kedua2 orang tadi tidak sempat memperjualbelikan pakaian yang dipamerkan itu tadi dan tidak pula sempat melipatnya kembali. dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba disaat seorang yang baru saja kembali membawa susu yang diperah dari untanya, tapi tidak sempat meminumnya. dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba, dimana seseorang baru saja memperbaiki kolamnya untuk diisikan air, tetapi belum sempat diisikan air kedalam kolam itu. dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba, dimana seseorang sedang menyuapkan makanan kedalam mulutnya, tetapi belum sempat memakan makanannya."

(sahih Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..


DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...



Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com