Islamic Widget

Khamis, 13 Mei 2010

FIRST POST..(BUAT SENDIRI)

BISMILLAH..


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bener-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" (al-Ankabut: 69) benarlah firman-Nya.



Asalamualaikum wbt..


Alhamdulillah..akhirnya ana dapat juga membuat blog ana sendiri..sebelum ini ana hanya memerhatikan kawan-kawan..dan pernah juga ana menyumbangkan artikel.Blog bersama kawan ana tu adalah untuk sekolah..so biasa-biasa.

Oleh kerana itu, bertambahlah keinginan hati untuk memiliki blog sendiri..walau banyak aral mendatang, akhirnya terciptalah blog ana ni.


Ana sangat berminat dalam dunia penulisan..ana rasa satu kepuasan jika dapat menulis dan boleh dikongsi dengan sesiapa pun.


----


Tahun 2010 ini umur ana akan masuk 22tahun..masa telah berlalu.Ana berada di zon Dewasa..


Tahun ini banyak yang terjadi pada diri ana..ana memulakan pengajian semula.

Ana menimba ilmu ke negeri orang (area semenanjung)..hidup berjauhan dengan keluarga dan merantau di tempat orang ini memang penuh cabaran. Namun, kita kenalah yakin bahawa Allah swt tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Apabila,kita hidup diperantauan ini barulah kita mula mengenal diri dan melihat kekuatan hati kita. Dugaan yang mendatang memang terasa amat payah dihadapi. Apatah lagi, kita terpaksa menghadapi masalah itu bersendirian. Ana memang tidak ramai kawan, tapi ana memerlukan kawan-kawan yang menyokong ana. Alhamdulillah, Allah menemukan ana sahabat-sahabat yang luar biasa. Ana memang ada kawan lelaki, tetapi di sini ana bertemu dengan seorang sahabat muslimin yang banyak menyedarkan ana tentang reality kehidupan. Ana memang mengkaguminya, mungkin dia hanya insan biasa tetapi dia sahabat ana.Ana bersyukur bersahabat dengannya. Ana juga bertemu dengan muslimah yang hebat-hebat..walaupun mereka masih insan biasa, tetapi jiwa mereka berada diluar lingkungan insan yang seusia mereka..mereka memikirkan masalah ummah.Inilah teman perjuangan yang ana perlukan..berada di sisi mereka, ana merasa sangat kerdil dan jahil..siapalah ana di sisi mereka..

Ana tidak memilih sahabat, ana boleh bersahabat dengan semua. Tapi seperti dalam hadis Rasulullah saw, baginda menekankan pemilihan sahabat dan kawan..


Tapi ana tidak pernah melupakan sahabat, kawan dan teman di zaman persekolahan dulu..ana sayang semua sahabat dan kawan-kawan ana.


Ana bersyukur..Allah mentarbiyah ana agar sentiasa muhasabah diri diusia yang memasuki zon Dewasa.

Orang kata "Pengalaman Itu Mendewasakan"


Selama berada di negeri orang banyak pengalaman yang ana dapat..ada pahit dan manis.

Disini ana mengenal erti persahabatan sebenar..ukhuwah fillah. Bersahabat kerana Allah swt.bertemu sahabat dan teman perjuangan yang mengajar ana gaya hidup Islamik, dan mereka sentiasa berbicara tentang kehidupan yang dikaitkan dengan agama dan bicara tentang ilmiyah.


Sebelum ini, memang ana ni suka bersahabat dengan orang yang suka berbicara tentang ilmu..kawan-kawan ana memang orang yang suka belajar.yang kurang hanyalah pemikiran secara Islam. IPTS tempat ana belajar ini, sahabat dan teman perjuangan ana suka menggunakan istilah Arab, seperti 'waqi', 'biah', 'fikrah' dan macam-macam lagi istilah. Ana suka, dah lama ana impikan untuk hidup secara Islam yang sebenar.Mungkin tak sepenuhnya..tapi rasalah yang ana seorang muslim.

Sahabat yang sama-sama mencintai Islam, Allah swt dan rasulNya. mengajak ana berjuang untuk Islam.

Syukran ya Allah..


Dalam hidup ini kita perlukan sahabat untuk menjadi pendorong dan kekuatan kita untuk terus berdiri menghadapi rintangan hidup..sahabat ana selalu mengatakan yang dia memerlukan sahabat-sahabat yang boleh menguatkan dirinya.


Ana doakan sahabat-sahabat dan kawan-kawan ana semuanya di bawah Rahmat Ilahi..

------

Ana menulis blog ini adalah bagi memudahkan kawan-kawan dan keluarga ana untuk mengetahui khabar ana..

Insya Allah..ana akan usaha untuk rajin meng'update' blog ana. ana cuba alert.


------

Orang kata setiap pertemuan pasti ada perpisahan..


Ana berharap..pertemuan itu biarlah bercambah menjadi ukhuwah fillah.

perpisahan itu berbuah menjadi kekuatan tawakal kepada Allah..

Bersahabat kerana Allah,

Bertemu dan Berpisah kerana Allah..


SAHABAT-SAHABAT KU..

ANDAI ANA TERPAKSA PERGI DULU MENYAHUT SERUAN ILAHI..

TERUSKAN BERJUANG..

INGAT ISLAM (PERNAH BERJAYA)..

TERUSKAN USAHA UNTUK MENGEMBALIKAN

KEGEMILANGAN ISLAM..


~Ingat Redha Allah adalah tujuan utama kita~

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah...

    moga syirah diberikan kekuatan..

    Allah dan sahabat seperjuangan sentiasa bersama...insyaAllah...

    salam mujahadah..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

SEUNTAI MADAH

Ya Allah..

bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..

Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..

Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..

Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..

Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..

Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..

Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..

Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..

Tutupilah hatiku dari cinta dunia..

Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)

Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..

Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..

DOA RABITAH


"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.

Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran

Dan sebaik-baik penolong..

Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...


Text-Ads

MELODI JIWA


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com