
"Sesungguhnya Dunia ITU Negeri Perantauan Dan Bukanlah Negeri Ketetapan. Adam Diturunkan Dari Syurga Ke Dunia Kerana Seksaan. Maka Takutilah Dunia ITU! (Hasan Al-Basri)
Islamic Widget


Khamis, 28 Oktober 2010
Selasa, 12 Oktober 2010
Warga Malaysia paling ramai kawan dalam web sosial
2010/10/12
LONDON: Rakyat Malaysia yang menggunakan rangkaian web sosial untuk berinteraksi mempunyai kawan paling ramai manakala warga Jepun paling sedikit, menurut tinjauan besar-besaran yang menilai peri laku online di seluruh dunia.Tinjauan itu juga mendapati, 61 peratus pengguna memilih teknologi digital mengatasi saluran media lain untuk komunikasi termasuk televisyen, radio dan akhbar.
“Keputusan itu menunjukkan kewujudan budaya menekankan kepada kawan yang kurang tetapi lebih rapat,” kata Ketua Pegawai Pembangunan TNS, Matthew Froggatt.
Selain memiliki rakan paling ramai, pengguna internet di Malaysia juga paling lama berinteraksi menggunakan laman sosial iaitu sembilan jam setiap minggu, diikuti dengan Russia (8.1 jam) dan Turki, 7.7 jam, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Kajian itu mendapati, pengguna juga lebih banyak menggunakan laman sosial daripada emel, sebahagiannya berpunca daripada peningkatan akses teknologi telefon bimbit.
Majalah Time mengemukakan soalan sama ada seseorang yang sosial di alam siber juga mesra di alam nyata.
Di Amerika, satu pertiga pengguna online menjangka dapat mengakses rangkaian sosial menggunakan telefon bimbit dalam tempoh 12 bulan lagi. – Agensi
Kempen anti-Islam diterima di Austria
VIENNA: Parti berhaluan kanan menang undi terbesar dalam pilihan raya tempatan di Vienna kelmarin, dengan memperoleh sokongan terbanyak menerusi kempen anti-Islam.
Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan
Palestin tolak tawaran Netanyahu bagi mengiktiraf negara Yahudi
Pelampau Yahudi rancang serang Al Aqsa setiap hari

Yayasan Wakaf dan Warisan Al Aqsa di wilayah jajahan 1948 mengingatkan tentang perancangan sekelompok pelampau Yahudi untuk melakukan berbagai operasi terhadap kepentingan kaum Muslimin, di antaranya adalah menyerbu masuk Masjid Al Aqsa pada setiap hari. Yayasan meminta warga Palestin di Al Quds dan wilayah jajahan 1948 supaya bersiap siaga dan terus menziarahi Masjid Al Aqsa.
Ahad, 10 Oktober 2010
Muslimah Inggris 'Dipaksa' Lepaskan Niqab di Pengadilan
Sumber : ERAMUSLIM
Seorang muslimah Inggris yang sedang hamil bernama Georgina Richards, diperintahkan oleh hakim di pengadilan Leicester untuk melepas cadarnya sambil memberikan persaksia terhadap mantan pasangannya-Ismail Mangera.
Rabu, 6 Oktober 2010
Kenangan English Week : Choral speaking
Asalamualaikum wbt..
Lama rasanya tidak mempost entri baru..
Bukan kerana terlalu sibuk..tetapi ada urusan yang lebih perlu di utamakan.
Alhamdulillah dengan izin Allah swt..
Ana masih hidup hinggah ke hari ini dan mengizinkan ana mempost entri ini.
Ana nak kongsi gambar kelas ana yang telah menjuarai pertandingan Choral Speaking. (Syariah and Law sem 2)
SEUNTAI MADAH
Ya Allah..
bangunkanlah kesedaran di hati hamba yang mentaatimu..
Jangan kau jadikan ungkapanku hari ini, hanya sekadar ungkapan..
Pilihlah diriku untuk berjuang bersama pejuangMu..
Jadikanlah Impianku untuk mati syahid menjadi kenyataan..
Lindungilah pemikiranku..daripada akal yang dikuasai nafsu..
Biarlah bicaraku..adalah ilham daripada-Mu..
Bantulah hamba yang lemah ini..agar ada sumbanganku untuk Islam tercinta..
Ya Rabb, padamu ku letakkan harapan..
Tutupilah hatiku dari cinta dunia..
Lindungi diriku dari tipu daya dan fitnah dunia serta nafsu amarah (halobah)
Kuatkanlah aku menempuh jalanMu yang penuh liku..
Kerana MISI hidupku ialah mencari REDHAMU..

DOA RABITAH
"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.
Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..
Amin Ya Rabbal 'Alamiiin...

Text-Ads
MELODI JIWA
Create a playlist at MixPod.com